Ahad, 7 Februari 2010

GAJI POLIS NAIK , GAJI TENTERA JUGA NAIK- GURU GIGIT JARI


Polis anjing, Polis penjenayah, Polis barua kerajaan BN. Itulah yang biasa kita dengar. Kenapa ? Kerana Polis menjalankan tugas dan menghalang tugas-tugas dan gerakan militan mereka yang menentang kerajaan.

Tentera juga dituduh sebagai pengampu  dan sentiasa memberikan sokongan kepada Bn dalam undi Pos

Mereka lupa tanpa polis dan tentera kita tidak akan dapat tidur lena. Anak-anak kita juga tidak akan selamat berada di luar rumah. Anak-anak dara kita juga tidak selamat untuk keluar bekerja.

Hari ini, kerajaan akan menaikan gaji untuk dua sektor perkhidmatan awam ini. Tahniah diucapkan kepada Polis dan Tentera. Jagalah negara dengan baik.

Bagaimana pun kita tahu bahawa dalam tentera juga ramai ahli Pas yang menentang kerajaan dari dalam. Mereka adalah anak-anak orang Pas dari kampung.  Mereka ini kalau mengundi pos tetap mengundi kepada Pas atau pembangkang.  Tapi Pas tidak pernah sebut  perkara ini walaupun mereka ada rekod.

Gaji guru bagaimana? Tak payah. Mereka bukan jenis mengenang budi. Lihat saja guru-guru KPLI dan J-Qaf. Tetap menentang kerajaan. Jika ada yang menyokong pun amat kecil bilangannya. Kalau Melayu Islam akan pro Pas, jika bukan melayu akan pro kepada Pkr dan Dap.

Mereka juga menjadikan sekolah sebagai tempat berpolitik, tambahan lagi jika Pengetua atau Guru Besar adalah orang kuat Pas atau penyokong Pas, maka guru-guru yang dibawahnya akan lebih garang lagi. Datang sekolah dengan kereta berpelekat gambar Nik Aziz, membawa risalah-risalah politik ke bilik guru, memaki hamun kerajaan dalam bilik guru. Jika ada guru yang pro kerajaan makan mereka akan menjadi sasaran cacian dan sindiran sepanjang masa.

Tak cukup dengan itu, mereka ada yang menjadi MC dalam  majlis-majlis politik pembangkang. menjadi perayu undi, menyediakan kenderaan untuk membawa pengundi dan sebagainya asalkan ianya atas nama Pas.

So tak payah lah naikkan gaji guru...