Ahad, 7 Februari 2010

AWAS !! KEMUNCULAN SEMULA PARTI SEMANGAT 46.

Kepada generasi muda, Mungkin tidak mengenal akan Parti Semangat 46. Parti ini telah muncul selepas peristiwa pengharaman UMNO 1987. Ia berpunca daripada rasa tidak puas hati pihak yang kalah dalam PAU.

Ketika itu Ku Li telah kalah dalam kepada Tun Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.  Ku Li tak puas hati dan membawa isu ini ke mahkamah. Akibatnya Umno dibatalkan pendaftarannya. Tun Mahathir, Tun Ghaffar terpaksa menghidupkan pendaftaran baru Umno yang membolehkan Umno menjadi tonggak BN sehingga ke hari ini.



Ku Li telah menubuhkan Parti Semangat 46. Pas ketika itu bukan main seronok kerana Umno dibatalkan pendaftarannya.  Kemunculan semua Umno telah menberi ancaman semula kepada Pas. Bila S 46 disahkan pendaftrannya, Pas begitu cepat MOU dengan S46 untuk sama-sama menentang Umno dan BN.

Salah satu sebab wujudkan penentangan terhadap Tun Mahathir ialah kerana Ku Li tidak suka dengan Anwar Ibrahim yang begitu cepat naik dan mempunyai pengaruh yang kuat daripada Pemuda Umno.

Anwar menjadi batu penghalang kepada cita-cita Ku Li untuk jawatan Presiden parti dan juga jawatan Perdana Menteri.

Hari ini MP Gua Musang semakin dilupakan, pengaruhnya semakin kurang. Kabangkitan Pas dan Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh oleh Ku Li.  Beliau perlu mencari pengaruh baru untuk terus kekal sebagai ahli politik atau sebagai MP Gua Musang.

Tun Mahathir tidak melantik Ku Li menjadi menteri kerana beliau gagal mengembalikan kepercayaan rakyat Kelantan kepada BN. Bukan saja beliau malah ramai lagi MP Kelantan tidak memegang jawatan menteri. Sewaktu Pak Lah menjadi PM, Ku Li tetap dilupakan , walhal mereka berdua berada dalam team yang sama sewaktu menentang Mahathir.

Belang Ku Li terserlah hari ini bila beliau menjadi penceramah dalam isu tuntutan royalti minyak.  Ia mencerminkan Ku Li sudah bersedia untuk membakar jambatan buat kali kedua.

Presiden Perkasa, Dato Ibrahim Ali secara sinikalnya meletakkan dirinya sebagai rakyat Kelantan dan bersedia untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah.   Merujuk kepada pengundian yang TM buat. peratus yang menyatakan Pas  tidak berani membawa isu royalti ke mahkamah sebaliknya ia akan menjadi modal politik mereka sehingga PRU 13. Keputusan kerajaan pusat membayar 20 juta ringgit masih gagal untuk menghentikan polimik Pas.

TM menyokong usaha Ibrahim Ali membawa isu ini ke mahkamah. Keputusan mahkamah juga sudah dapat diramalkan.  Selepas ini Pas akan memujuk Ibrahim Ali agar tidak membawa kes ke mahkamah.

sekian.