Ahad, 14 Februari 2010

ANUAR SHAARI HERO MELAYU


Akhir-akhir ini bekas-bekas pengikut Anwar begitu hebat menghentam bekas boss mereka.

TM salute kepada Anuar Shaari kerana banyak mendedahkan tembelang Anwar dan beliau berani membawa kes untuk disiasat oleh pihak polis.

TM juga berharap barisan kepimpinan Pemuda Umno hendaklah berani dan banyak membuat laporan polis terhadap kebiadaban pembangkang hari ini.

Jika kita melihat propaganda mereka melalui youtube memang memang wujud fitnah, hasutan dan pembohongan. Tambahan lagi jika hujah mereka menghentam Umno. Sampai bila Umno harus berdiam diri membiarkan mereka terus mencaci maki kita.

Jeffry Damien 09 blogger telah menjadi mangsa mereka hanya kerana grafik-grafik yang beliau hasilkan.

Bagaimana pula dengan kartunis Zunar dan ramai lagi pakar-pakar superimpose yang ada dalam kem mereka. Adakah kita sanggup memekakkan telinga dan menutup mata.

Wahai Pemuda-Pemuda Umno dan Pemuda Barisan Nasional , bangunlah buatlah pemantauan dan penilaian setiap hujah dan ceramah mereka , jika ada yang tak betul ambillah tindakan.

Puteri Umno juga kena garang sikit , jangan nak jadi Angel saja. Menyolek saja pandai. TM salute juga kepada Dato Azalina Othman kerana garang.