Ahad, 14 Februari 2010

PAS PERMAINKAN AGAMA DEMI KUASA POLITIK

Rioh sesetengah tok guru Pas berkata Kerajaan BN tak mementingkan Islam, maka Allah buka hati Hakim lalu dibenarkan penggunaan Allah digunakan oleh orang bukan Islam.

Maka bertakbirlah  anak-anak murid menghina BN. Tok Guru mengangguk-ngangguk tersenyum, tetapi  Allah yang sama juga membuka hati Hakim untuk mengesahkan kesahihan MB Perak.

Zamry di beri Allah kemenangan besar mengatasi di dajal yang kemaruk kuasa. Allah tidak rela melihat bumi Perak yang bertuan ini bertuankan Namrud, Allah melaknat mereka yang kufur kepadaNya,


Allah yamg sama juga menterbalikkan kereta Namrud, sedikit ujian Allah yang memberi ingatan kepada Namrud supaya tidak terlalu riak. Kereta yang besar, kuat dan gagah dengan mudah dilambung dan diterbalikkan.

Mengapa Pas pertikai pulak? Siap solat hajat lagi. Tak kan lah Allah yang sama dan yang satu  tidak mendengar rintihan dan rayuan Pas.

Agaknya apa  sebab jadi begitu?

Sebabnya Umno pertahankan  agama Islam dan kuasa politik. tetapi Pas mempergunakan  agama untuk mendapat kuasa politik.

Banyak perbezanya.

Nizar, Nikky dan Anwar hanya bijak bercakap tetapi tidak sebegitu bijak bila berbicara.  Emosi mengatasi akal.

Allah yang sama juga merentap kekuasaan Nizar kerana tidak mengenal yang mana budi dan yang mana budiman. Pas gagal membezakan yang mana Zimmi dan yang mana Harbi.

Parti Islam Malaysia ( PIS) bermaksud kencing yang sentiasa menipu pengikutnya dengan hujah-hujah tidak benar.