:: Keroncong Katak ::
"Makcik masuk Kampung Bahru ini tahun 1940.
Masa itu jalan (raya) belum ada lagi. Semua orang pakai perigi.
Malam-malam ada muzik… muzik apa itu?
Katak... ong-ang-ong-ang.
Pukul lima (petang) dia sudah start bunyi…."
One afternoon in September, I had the opportunity to play a small part in a project called Persona Kampung Baru, organised by the National Art Gallery. Artists Yee I-Lann and Emile Goh were accompanying ten Kampung Baru kids aged 7-12 on a unique project: the ten were supplied with a disposable camera each, and after splitting up into groups, were given carte blanche to photograph anything they saw in Kampung Baru in one afternoon. It was my luck that I was able to tag along with one of the groups, accompanied by I-Lann. The children's works were eventually exhibited at the National Art Gallery's Seni45@45 Festival in conjunction with its 45th anniversary. The kids came up with some pretty amazing stuff, so much so it has shamed me from ever displaying the photos I came up with that afternoon.
As we roamed around Kampung Baru, our group had the chance to meet with Hajjah Chik Salmah bte Sharif, who lays claim to being the oldest resident in Kampung Baru, having been born in 1919 and lived in the city kampung since 1940. It was a moving experience. Hajjah Chik Salmah was a hoot. She launched into her life's story with inspiring verve and gusto, and would've gone on and on as if her life depended on it, if her own daughter - our Kampung Baru guide - didn't have the good sense to realise that the photography project wouldn't be completed if we didn't move on.
I-Lann filmed the interview with a DV camera while I had the task of conducting the interview. My contribution amounted to asking two questions and reminding her which political party has a rocket for its emblem.
Joe Kidd edited the lengthy DV footage down to the pertinent, digestible segments you see here, came up with the title Keroncong Katak, and compiled it into a VCD. I'm not sure if the VCD is available to the public, but I have a copy (as do the National Art Gallery) if anybody wants to see it.
This online interview was transcribed from the VCD. It is not 100 per cent verbatim. There were a few words and phrases I couldn't quite catch or hear. Some names like "Pill Road" and "Pasar Manggis" are unfamiliar to me, so I just put down what I think I heard.
"Kampung Bahru sini satu lot satu rumah. Orang sini semua orang Jawa... Indonesia. Makcik satu orang saja orang Penang.
"Sultan yang pertama yang makcik jumpa ialah Sultan Abdul Samad punya anak, Sultan Sulaiman Salahuddin Sulaiman Shah. Dia selalu ziarah-ziarah rumah-rumah. Dia orang raja yang bagus, raja yang berugama. Dia suka lihat budak kecil ini. Dia kasi satu orang satu orang buku. Sultan Sulaiman habis, ganti dia punya anak, Sultan Hishamuddin. Makcik (sudah) jumpa empat sultan. Sultan Hishamuddin sudah pergi, (ganti) Sultan Abdul Aziz… (dia) yang baru baru pergi, bapa Sultan Idris.
"Dewan itu (dulu) tak ada. Semua (orang) Cina duduk situ. Kita kawan-kawan sama dia orang Cina. Cina itu berniaga, dia jual beras... Kita makan, beli sama dia lah. Tu depan tu (points outside her house), makcik ingat lagi. Chern Wei, Ah Chim, Gopal… Gopal satu keling… dia duduk belakang sana. Ada empat rumah Cina sini. Makcik kawan sama dia orang."
The Japanese Occupation
"Belakang itu pokok getah... macam estet. Bila Jepun masuk, tahun 1941, itu pokok getah semua tebang…tanam ubi kayu. Makanlah ubi kayu.
"Makcik punya suami pergi masuk kerja dengan Jepun, dekat Batu Caves sana, jaga beras. Dia (The Japanese forces) punya beras dia simpan dekat batu caves. Dia (her husband) bawak beras satu genggam masuk poket, kasi masak anak makan bubur... susah.
"Anak makcik pertama laki-laki, dia sekolah Jepun... (she parodies learning Japanese)... dia buat macam ini: Ah ih oh eh oh, kaki ku bengkok (laughs)… (Anak) nombor dua dia belum sekolah, masuk shelter. Masa itu rumah bukan macam ini, (dulu) rumah attap. Duduk sama katak. Katak banyak. Kalau kita korek lubang, katak semua mari. Tahun 1943 ada (anak) nombor tiga. Semua orang makan susu sendiri (points to her breasts)… senanglah, tak payah buat susu (grins)!
"Orang Jepun masuk rumah makcik. Dia bawak senapang dengan bayonet, yang panjang-panjang itu. Kita orang tilam semua tak ada katil, masa susah. Kita orang tilam (kasi) gulung, simpan. Dia (the Japanese) cakap kita sorot orang putih dalam itu. Ah itu Jepun, dia jolok itu tilam, semua kekabu keluar. Jahat itu. Aku tak suka sama Jepun. Sampai sekarang pun tak suka. Dia kasi duit pun saya tak mahu. Sakit hati betul."
After the war
"Sudah sampai tahun 1945-1946, ada lah senang sikit. Beras pun ada. Pasar Manggis, orang ramai semua tahu… Pasar Manggis, apa mahu pun ada. Cina berniaga, sikit-sikit berniaga. Orang Cina tau, dia berani, dia berniaga sikit-sikit. Kita mudah dapat makan. Sini pun ada Cina dua tiga. Melayu tak berniaga, mana nak cari modal? Cina pandai juga, dia kongsi-kongsi, satu guni beras, dia kasi sikit, dia kasi sikit, dia jual. Makcik masa itu tak ada duit. Dia mari angkat beras…. makcik ingat dia itu Cina. Baik. Ah Chim namanya, Kim Swee... dia mari rumah makcik, (Ah Chim asks) "Makcik ada beras?" …(She replies:) "Tak ada lah beras. Tak dapat beras"… (Ah Chim replies) "Ambik sikit kasi budak-budak makan." Dia duduk depan sini saja. Sekarang sudah jadi dewan, sudah jadi flat. Ah Chim itu (sekarang) mana pergi saya tak tahu.
"Makcik keluar dari Kampung Bahru… Pakcik kerja government printing. Dia dapat quarters dekat (Pill Road?) …depan convent itu. Makcik duduk sana. Lama-lama sudah maju dah. Jepun dah pergi. Orang dah pandai macam mana cari duit, buat pinjaman. Kerajaan Selangor (kata), mana orang ada lot tanah, kasi pinjaman duit, buat lah rumah. Inilah rumah saya, rumah ini buat tahun 1963."
Merdeka
"Masa Merdeka 1957, Tunku balik dari london, makcik sama-sama belakang Tunku makcik duduk kat Dataran Merdeka. Masa itu ‘Dataran Merdeka’, Padang Selangor Club, depan itu Bangunan Sultan Abdul Samad, government office, itu jam besar. Itu macam lah, tak ada tukar sampai sekarang.
"…Hujan-hujan sikit-sikit. Tunku balik dari Melaka, dia nak turun Kuala Lumpur. Dia orang nak sambut Tunku.. kita pergi, kita duduk belakang Tunku…. "Merdeka! Merdeka! (raises her arm in Merdeka salute).. Aku benci ini Jepun."
13 Mei, 1969
"Mei 13... lepas mengundi. Ini (parti) tanduk lembu sama… ada satu lagi parti apa? Ini cina punya, tanduk lembu keling (punya)... Lim Kit Siang punya parti apa? Ahhh parti roket… (hands launch skywards like a rocket taking off)...DAP! Parti itu naik kan?
"Itu rumah Menteri Besar ada ceramah. Datuk Harun Idris, dia Menteri Besar Selangor, dia panggil dia punya orang… semua budak-budak berkumpul rumah dia dan ceramah. Dia kata mau berarak. Dia kan masa itu sudah menang. Ini DAP sudah kalah. Dia (DAP) orang jahat. Makcik punya rumah, dia taruk bunga mati (frangipani)...dia taruk makcik punya pagar. Kita dah marah….
"Pakcik kata kau nak pergi (rumah Menteri Besar), kau masak dulu, masak bagi anak-anak. Makcik pergi rumah Datuk Harun, sampai sana, perempuan tak ada, semua jantan. Makcik pergi rumah Aishah Ghani, dia Menteri Kebajikan. Makcik pergi rumahnya, dia (Aishah Ghani) kata "Ooooi... kau macam mana boleh datang?" …(She replies) "Eh datang lah.... rumah Datuk Harun tak ada perempuan, datanglah rumah dia"... (Aishah Ghani says) "Mari kita pergi Gombak."
"Pergi Gombak, dia punya rumah dekat Mimaland. Sampai sana, suami dia (Aishah Ghani’s husband) cakap "Buat apa datang, orang dah nak gaduh ni!".... "Eh mari kita balik..."
"Takutlah, apa jadi kalau gaduh. Balik naik kereta Cik Aishah... sampai Setapak, lampu (trafik) merah hijau pakai jalan saja. Orang semua ini macam (rolls up her sleeves), tepi jalan. Ini budak melayu semua (rolls up her sleeves again, making a fist), angkat tangan. Baju putih buat macam ini (raises fist). Kita jalan buat tak tau. Balik belum sampai Chow Kit, dekat Hospital Kampung Bahru, orang sudah jalan. Masa itu dia orang pasang gas pemedih mata. Mata semua pedih. Balik Kampung Bahru, pergi duduk rumah Aishah Ghani. Makcik nak pulang tak boleh, curfew. Tak boleh keluar.Habis makcik pergi rumah saudara makcik dekat masjid Kampung Baru.
"Ini budak-budak buat apa kerja tau? Pergi Chow Kit, ambil itu ayam itu lembu… jahat punya budak-budak. Suka-suka angkat. Makcik menangis, macam mana lah nak pulang balik. Habis, Balai Polis Pudu punya orang datang sini. …Makcik nampak itu polis, makcik kenal kawan makcik, Don. "Don kita orang nak balik"... sekarang boleh balik dia kata, mari masuk kita punya van.
"Makcik menangis. Makcik nampak tangan orang ada tengah jalan. (Van itu) nak pergi Hospital Universiti nak angkat orang. Pergi Hospital Universiti, dia ikut Jalan Lonie… dekat rumah Agong tu, pusing pergi hospital. Makcik tengok dalam sungai… ada orang!
[Interviewer, i.e. me: Mayat?]
"Mayat lah! Mana orang hidup dalam sungai?"
"Uuuuhh… makcik tengok… takut!"
"Kampung Bahru tak ada apa. Kampung Bahru aman. Orang sini tak ada jahat. (Lain) orang nak lari boleh pergi keluar kampung-kampung. Kita orang nak lari tak ada tempat. Korek lubang duduk dalam lubang."
Sekarang...
"Nyamuk banyak. (Bila) hujan, tempat kotor. Tapi kawasan Kampung Bahru ini aman. Tak ada apa-apa. Tak ada orang jahat. …Sekarang banyak orang jahat... sana lawan, sini rompak. Dulu tak ada. Dulu tak ada apa nak rompak! Motor pun tak ada. Api pun pakai minyak tanah. Pukul lima setengah (petang) dah gelap. Pasang lampu minyak gas, duduk. Budak-budak mahu baca buku pun (kena baca) siang-siang. Malam-malam dah tak boleh. Makcik rasa lah susah tahun (penjajahan) Jepun.
"Kau orang senang, semua sudah ada. Sekarang, cakap pun komputer, boleh picit telifon… kita orang lampu pun tak ada, air pun perigi. Itu lah makcik cakap, semalam bunyi keroncong katak bernyanyi... ong ang …ong ang …ong ong ong...(sighs)… seronok tengok katak."
Series Index ~ Main Index ~ danlim@gmail.com
Photographs by and copyright © Danny Lim. Please do not reproduce or use without permission.
StatCounter - Free Web Tracker and Counter