PKR pun sama rentak dengan Dap dan Pas. Lihat contoh di Kelantan. Sebelum ini Ku Li dicaci maki, tetapi bila Ku Li setuju hadir ceramah isu royalti minyak, Pas sudah mula mengangkat martabat Ku Li. Perkara yang sama berlaku kepada Chua Jui Meng
Di Changkat Jering, Taiping Kapt Osman Jailu bekas wakil rakyat Pkr hari ini sudah mula dihina oleh Pas dan Pkr.
Dulu "dialah intan payung. bekas tentera perpangkat. apa nak lagi?" Sekarang macam-macam cerita yang tak baik semasa dalam tentera sudah dimainkan oleh Pas.
Untuk makluman parti PKR di Taiping sebenarnya sudah berkubur. Banyak yang sudah tidak menjalankan mesyuarat dan aktiviti.
GEORGETOWN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengakui beliau salah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu.
"Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih. Ketika itu PKR masih baru. Jadi kita terpaksa angkat (mereka)," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.( ANWAR SAHAJA YANG BOLEH GOYANG)
Beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan PKR dalam pakatan pembangkang. - Bernama