Oleh kerana malu Pas mencari Nas untuk menyokong tindakan Dap yang melarang perarakan tersebut dengan menyatakan ia tidak islamik dan bukan amalan Rasulullah. Nik Aziz mencari hujah dan ayat Quran untuk menyokong tindakan Dap Penang,
Buat perarakan maulidur rasul tak boleh, berbaring atas jalan raya boleh, usung keranda 153 ke Istana Negara boleh, vigil boleh, konsert tunjuk punggung boleh..
TM masih ingat tahun 2008 Pas bersama GMI dan kaum Kristian di Kamunting mengadakan perarakan vigil iaitu menyalakan lilin dan berarak sejauh 1 km dari Masjid Jamek Kamunting ke Kem Tahanan di Kamunting. Vigil merupakan amalan Kristian ortodok dan ia mesti dibuat pada malam Ahad, Pas telah bersama-sama dengan Kristian melakukan nya.
Harakah telah menyiarkan program Vigil secara terang-terang dan mengajak semua ahli Pas dapat turun ke Taiping dan bawa bersama lilin dan kain lilit kepala.
Kita tuinggu sekiranya Dap mengeluarkan perintah meruntuhkan masjid atau surau, maka Pas akan mencari Nas untuk menyokong tindakan Dap meroboh masjid atau surau.
Begitulah erat nya hubungan Pas dan Kafir Harbi Dap. Pas sebenarnya bukan arif sangat bab-bab Islam, satu lagi dia suka memilih ayat.Yang kena dan untung kepada Pas di sebut berulang kali, kena yang jatuh ke batang hidung sendiri tak akan disebut.
Menurut Tun Faisal dalam blognya , Nik Aziz Nik Mat hanya seorang politikus. Seperti amalan politikus lainnya, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan bersifat assabiyah apabila menyatakan perayaan Maulidur Rasul tiada fadilat.
Untuk pengetahuan kita, perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Ia telah dihentikan dan dihidupkan di bawah kerajaan yang berbeza mengikut interpretasi mereka tentang bid'ah dan bid'ah hasanah; dan tentang keperluannya dalam suasana semasa masyarakat Islam.
Dicatatkan bahawa pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.
Antara ulama’ yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Yusof al-Qardawi.
Berikut ialah salinan dari blog Pas.Org.
Lebih 1,000 sertai kempen 'vigil' GMI di Kamunting |
Ditulis oleh Anis Nazri | |||
SUNDAY, 08 JUNE 2008 11:13 | |||
KAMUNTING, 8 Jun - Siri Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA menemui kemuncak malam tadi dengan kempen 'vigil' yang diadakan dengan suasana aman, tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Lebih seribu orang, dengan lilin di tangan masing-masing, mendengar beberapa ucapan yang disampaikan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengarah kempen, yang juga isteri tahanan, Norlaila Othman; dan isteri tahanan, Sharmila Sanjeev Kumar. Sebelum itu, mereka berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Jamek Kamunting ke kem dalam keadaan hujan renyai-renyai, selepas waktu Maghrib. Namun, suasana itu tidak melunturkan semangat mereka yang menyertai perhimpunan tersebut biarpun bertukar lilin beberapa kali, sambil diawasi Unit Amal Malaysia. Perhimpunan ini melakarkan sejarah tersendiri apabila pihak keselamatan turut memberikan kerjasama dengan sebaiknya, walaupun kelihatan agak 'tertekan' dengan perhimpunan tersebut. Perbincangan pihak keselamatan dengan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato' Ngeh Ko Ham, menjadikan perhimpunan itu satu perhimpunan aman yang tidak mengganggu keselamatan negara. Kira-kira jam 9.30 malam, mereka diminta untuk bersurai, walaupun tergambar di wajah masing-masing riak 'tidak puas' dengan perhimpunan tersebut. Bagaimanapun, sebagai rakyat yang patuh dan mencintai keamanan, seperti yang diucapkan Syed Ibrahim, mereka beransur dan berarak kembali ke masjid. Namun, mereka masih meluahkan rasa hati mereka dengan menyanyi dan melaungkan slogan-slogan seperti 'Mansuhkan ISA, 'Tutup Kemta' dan sebagainya. Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah Adun Teja, Chang Lih Kang; Drs. Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong), Mohd Anuar Sidin (Changkat Jong), Yee Seu Kai (Pokok Assam), Abdul Yunus Jamhari (Kuala Kurau), juga ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jeyakumar. Selain Adun-adun Perak, turut hadir Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah, aktivis S. Arutchelvan, blogger 'Zorro', blogger Haris dan aktivis-aktivis hak asasi manusia lain.
|