Khamis, 18 Februari 2010

APA SUDAH JADI DENGAN YB PIS NI.

Minggu lalu TM mendedahkan kisah seorang YB yang telah bersubahat dengan seorang pegawai agama untuk mengeluarkan surat perletakkan jawatan secara tidak bermoral untuk membolehkan beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12.

Hari ini TM mendapat maklumat bahawa beliau telah membenarkan  sekumpulan penduduk untuk meneroka hutan simpan secara haram. Mungkin untuk menunaikan janji PRU maka mereka diizinkan untuk membuat penerokaan haram.

Satu perkara lagi ialah  jika permohonan tanah tidak diluluskan oleh Dr Zamry, ia akan dijadikan modal untuk memenangi PRU 13.

Kepada penduduk kawasan YB tersebut, jangan risau BN mempunyai calon terbaik untuk mewakili kawasan tersebut dalam PRU akan datang.

Peneroka haram bukan datang dengan cangkul dan parang, sebaliknya membawa jentera berat untuk melunaskan hajat dan naluri mereka.

Oh YB!!! apa cerita semua ini?