Selasa, 16 Februari 2010

KARPAL SINGH MEMPUNYAI AGENDA TERSEMBUNYI KERANA MEMBELA ANWAR IBRAHIM-KES LIWAT

KARPAL_TIPU_RAKYAT
Memang pelik apabila KS tiba-tiba muncul untuk membela ANWAR sedangkan sejak awal lagi beliau tahu bahawa Anwar adalah homoseksual dan dia sendiri pernah mendesak Anwar supaya bertaubat kerana Anwar telah mendatangkan banyak masalah kepada Pakatan Rakyat dan Negara.


KS  boleh juga dianggap sengaja mengambil kes ini kerana mendapat tawaran dan bayaran yang tinggi serta dia sendiri berharap Anwar akan kalah dan dipenjarakan

KS lebih licik dalam permainannya. Anwar yang terdesak kerana semua peguam Islam menarik diri dan kali ini terpaksa mengupah peguam bukan Islam.

Peguam ini tidak kira siapa menang  atau kalah kerana yang penting duit sentiasa masyuk. Zaman ekonomi melesat dan ramai peguam yang tutup kedai maka mereka perlu terus hidup dan berniaga.
Oleh itu ketepikan dahulu soal perjuangan, maruah dan ideology politik.

KS menjadi peguam pembela Anwar atas sebab duit dulu. yang lain-lain  hanya bonus sahaja serta tindakan KS boleh diibaratkan sebagai telunjuk lurus, kelingking berkait. 

Duit dapat, untung politik dapat dan berjaya  "bunuh" seteru politik yang diumpamakan seperti gunting dalam lipatan.