Rabu, 17 Februari 2010

NIZAR KUDETA- GILA TALAK –GILA MEROYAN

NIZAR_GILA_MEROYAN
Nizar kudeta terus berusaha untuk merampas semula Perak dengan agenda barunya. Hari ini dia mendesak supaya 3 adun bebas supaya meletak jawatan untuk diadakan PRK.
Tujuan ialah untuk merampas semula 3 kerusi yang hilang. Jika diadakan semula PRK, Nizar yakin bahawa 3 kerusi akan dapat ditawan semula.


Bagaimanapun Nizar Kudeta tidak berani untuk meletakkan jawatan bagi kerusi Pasir Panjang bagi membolehkan rakyat menilai semula kepimpinan beliau.

Sebelum ini Nizar Kudeta telah mencabar kesemua 28+3 adun supaya membubarkan Dun. Bila cabaran Nizar Kudeta dicabar semuala oleh Dr Zambry agar semua 28 wakil Rakyat Pakatan agar meletakkan jawatan terlebih dahulu, telah menyebabkan Nizar Kudeta terkejut.

Hari ini dengan nada yang sederhana Nizar Kudeta terus mendesak secara minimal agar ketiga-tiga adun bebas meletakkan jawatan

Untuk makluman Nizar Kudeta, Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut sudah menjadi calon bebas, Nizar Kudeta yang bercakap bagi pihak Ngeh Koh Ham tidak ada kuasa lagi untuk mengarahkan seseorang untuk meletakkan jawatan.

Begitu juga jika adun Sungai Siput yang tidak sama angin dengan Ngeh dan Nga. Mereka juga tidak boleh memaksa adun tersebut meletakkan jawatan walaupun dari parti Dap sendiri.

Anwar Ibrahim yang dipecat dari Umno dan kabinet tidak hilang taraf sebagai wakil rakyat sebelum dipenjarakan.

Nizar hari ini sah bahawa dia semakin derita dan sakit otak, sakit hati dan sakit jantung. Elok lah dibawa ke India atau China untuk berubat.