Selasa, 16 Februari 2010

NIZAR KUDETA YANG GAGAL DAN KECEWA

Menurut Kamus Dewan kudeta bererti rampasan kuasa untuk memerintah.  Nik Aziz telah lama menggunakan perkataan KUDETA.

Bila TM tanya orang-orang Umno, ramai yang tak tahu. Ini bermakna Pas adalah KUDETA yang sebenarnya kerana hanya mereka yang faham dan tahu tujuan perkataan tersebut.

Oleh itu semua orang Pas di Malaysia boleh dilabel sebagai KUDETA.

Pas, Dap dan Pkr telah berjaya membentuk satu pakatan selepas menang tipis dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008.  Keputusan adalah seperti berikut;
  1. BN 28 (27 Umno dan 1 Mca)
  2. Pakatan Rakyat 31 (18 Dap, 7 Pkr dan 6 Pas)

Pas telah meletakkan 22 calon dan hanya mampu menang 6 kerusi sahaja. Oleh kerana undang-undang tubuh negeri hanya membenarkan bangsa Melayu sahaja menjadi Menteri Besar, maka satu pemilihan perlu dibuat. Dap pada mulanya membantah peraturan dan cuba memboikot Majlis Angkat Sumpah.

Setelah selesai satu perundingan dan perjanjian antara Pas, Dap dan Pkr, satu Perjanjian Pangkor ke II telah ditanda tangani di Perak.  Nizar Jamaluddin dicalonkan untuk menjadi MB dan diperkenankan oleh Sultan Perak. Harus diingat. MB adalah perlantikan dari Sultan bukan rakyat.

Setelah 11 bulan Perak bagaikan berada dalam neraka dibawah Pakatan Rakyat. Semuanya menjadi tak betul. Pas dan Dap bersama Hindraf cuba menutup Kem Tahanan Batu 4 Kamunting, Pas merampas dewan-dewan orang ramai, menukar kunci dan memasang rantai pada dewan orang ramai.

Tadika kemas ditutup, jawatan kuasa masjid dan surau dirampas melalui desakan mengadakan satu mesyuarat agung dan jawatan kuasa lama dihalau daripada menunaikan solat dimasjid yang dirampas oleh Pas. Masjid dan surau dijadikan markaz Pas. Ceramah agama bertukar menjadi cermah politik. Solat terawikh bertukar format. Mesti dibuat 8 rakaat sahaja dan berhenti pada rakaat ke 4 untuk tazkirah politik.

Jawatan kuasa PIBG seluruh Perak juga dirampas oleh Pas dan sehingga kini masih ramai ahli-ahli Pas masih aktif mentadbir persatuan tersebut. Kuasa mereka kekal jika Pengerusi Kelab Guru juga adalah orang Pas. Hari ini kita akan lihat warna hijau akan digunapakai oleh guru-guru dalam acara-acara sukan dan sebagainya.  Guru-guru didesak  untuk membeli baju T yang berwarna hijau.

Gambar-gambar PM, TPM dan MB Perak sengaja tidak dipamerkan walaupun sudah siap diframekan.

Hari ini Pas menggunakan gerilla militan untuk meneruskan agenda mereka untuk merampas Perak buat kali ke 2 pada PRU 13.Akan tetapi mampukah mereka meletakkan 30 calon dalam semua kerusi di Perak untuk memenangai PRU. Bagaimana pula dengan PKR dan DAP. 

PKR dilihat semakin berkubur di Perak. Buat masa ini hanya tinggal 5 kerusi iaitu;
  1. Kuala Sepetang (Cina)
  2. Kuala Kurau (Melayu)
  3. Teja (Cina)
  4. Hutan Melintang (India)
  5. Simpang Pulai. (Cina)
PAS hanya ada 6 kerusi;
  1. Pasir Panjang
  2. Lubuk Merbau
  3. Titi Serong
  4. Gunung Semanggol
  5. Selinsing
  6. Changkat Jong
Kesemua kerusi Pas dan Pkr mampu diambil semula oleh BN dalam PRU 13 akan datang. Tanda-tanda positif sudah ada. Pengundi-pengundi telah bersiap sedia untuk menyerahkan kembali kerusi tersebut kepada BN. Mereka mengundi pembangkang dahulu hanyalah kerana protes terhadap Pak Lah yang dilihat gagal mengawal harga minyak.

Nizar hari ini merupakan KUDETA YANG GAGAL. Bagaimanapun Nizar tidak menyalahkan dirinya sendiri dan Dap sebaliknya meletakkan kesalahan kepada Najib, 3 wakil rakyat yang menjadi wakil rakyat bebas dan menyalahkan sistem pentadbiran negara kerana tidak memihak kepada KUDETA YANG BERNAMA NIZAR DAP.

Nizar juga telah memburuk-burukkan kepimpinan Dr Zambry kononnya meniru gaya pentadbiran Nizar dan Dap. Nizar lupa bahawa mereka lah yang meniru gaya dan cara pentadbiran BN. Satu contoh ialah pentadbiran peringkat kampung. Nizar Dap masih menggunapakai sistem JKKK yang diperkenalkan oleh BN.

Dalam lama web Pas Perak , Nizar cuba membohong rakyat terutama penyokong Pas kononnya mereka memerintah lebih baik walaupun 11 bulan berbanding dengan 50 tahun pemerintahan BN.

Akan tetapi dalam satu kenyataan dan sidang media, Nizar pernah berkata, "Kami baru setahun mentadbir negeri jadi belum nampak banyak perubahan dan kemajuan yang boleh kami lakukan dalam tempoh yang singkat ini." 

Nah!!!! Sekarang siapa yang menipu?