Isnin, 1 Mac 2010

ADA RAKYAT PERAK MENGUGUT KERAJAAN UNTUK DAPAT TANAH

Berikut ialah satu bentuk ugutan kepada kerajaan Perak untuk mendapat hak milik tanah. Tanah yang mereka duduki adalah hak milik kerajaan yang mereka teroka dan mendiaminya secara tidak sah.

Kata 11 penduduk, mereka  telah lama tinggal ditempat tersebut dan ingin mendapatkan geran tanah.  Mereka sepatutnya berterima kasih kepada kerajan kerana tidak menghalang dan tidak menghalau mereka dari tanah tersebut.

Oleh yang demikian mereka patut berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan mereka tinggal di situ. Kalau nakkan  geran pun mohonlah secara betul dan tertib, bukan dengan ugutan. Ramai lagi setinggan dan orang melayu yang tak ada tanah, tak bising pun.

Ini lah sikap sebahagian penduduk yang semuanya mahukan percuma. Mereka tak tahu adakah tanah tersebut akan termasuk dalam projek kerajaan dimasa akan datang?




Berikan kami geran tanah


KAMPAR – Kesabaran penduduk di Kampung Sultan tidak dapat ditahan lagi apabila permohonan mendapatkan kelulusan geran tanah yang diduduki sejak sekian lama masih tidak mendapat perhatian.

Lantas, penduduk mengambil keputusan mengetengahkan masalah mereka kepada Sinar Harian supaya rintihan mereka didengari.

Penduduk, Abd Hamid Musa berkata, sebanyak 11 keluarga dari Kampung Sultan masih belum mendapat kelulusan walaupun sudah memohon sejak dahulu lagi.

“Kami telah memohon geran sejak berpuluh tahun lalu tetapi tetap tidak mendapat hak walaupun sudah menetap di sini sejak 1955.

“Permohonan dibuat sejak merdeka, tetapi sehingga sekarang belum mendapat kelulusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Hamid berkata, kebanyakan penduduk adalah warga emas dan mereka tidak mampu berpindah serta memulakan hidup baru di kawasan yang ditetapkan.

“Mereka mahukan kami berpindah ke satu kawasan baru sebab itu permohonan geran tidak diluluskan.

“Bayangkan penduduk kebanyakan sudah berumur dan mempunyai kekangan dari segi kewangan jika ingin memulakan hidup baru seperti yang diminta kerajaan,” katanya.

Dia berkata, sejak menetap di situ, mereka masih menjelaskan bayaran lesen menduduki sementara, bagaimanapun pada 1993, bayaran itu tidak lagi dikutip.

:Bagi :Ooi Cheng Guan:, dia adalah generasi ketiga yang menetap di kampung itu, tetapi masih belum mendapat kelulusan menduduki biarpun sudah memohon beberapa kali.

“Jika kerajaan minta kita berpindah ke satu tempat yang baru, kita tidak setuju kerana di sini adalah asal-usul keluarga, kita lahir di sini,” katanya.

M Nagammah pula berkata, sejak berkahwin dan mempunyai sembilan anak, di situlah tempat tinggal mereka sekeluarga.

“Kalau kami semua perlu berpindah ke lot tanah baru, kami rasa sudah tidak mampu kerana sudah lama membina penempatan di sini.

“Kenapa mereka tidak mahu meluluskan sahaja permohonan kami padahal sehingga kini kami masih membayar cukai sebanyak RM75,” katanya.

Dalam nada yang sama, S Meenachi berkata, keluarga suaminya sudah lama menetap di situ dan sudah banyak menghabiskan duit untuk membaiki rumah mereka.

“Kalau dikatakan tidak selamat di sini, tak pernah berlaku apa-apa pula dan kami juga rasa tiada masalah kalau kelulusan diberikan kepada kami.

“Kami berharap mereka tak pindahkan kami kerana kami rasa di sini selamat. Saya sudah 23 tahun tinggal di sini tetapi tiada masalah pun pernah berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua MCA Bahagian Kampar, Chang Gwo Chyang berkata, melalui maklumat yang diterima daripada pihak Pejabat Tanah dan Daerah, permohonan mendapatkan geran tidak diluluskan kerana kawasan penempatan di situ dikategorikan sebagai rizab sungai.

“Kelulusan mendapatkan geran ini tidak diluluskan memandangkan kawasan perumahan yang dibina penduduk berdekatan dengan sungai,” katanya ketika hadir berjumpa penduduk Kampung Sultan bagi membantu mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong berkata, walaupun kawasan itu dikategorikan sebagai rizab sungai, tetapi pihaknya akan cuba membantu 11 keluarga yang membuat permohonan dan sudah menetap di situ berpuluh tahun lamanya.

:“Permohonan ditolak disebabkan prosedur tertentu iaitu berdasarkan aspek keselamatan di mana kedudukan rumah berhampiran sungai. Bagaimanapun, kita akan cuba menyuarakan rintihan penduduk kepada pihak yang sepatutnya,” katanya.

Ketua MIC Cawangan Jalan Iskandar, M Gnanamuthu pula berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan MCA Kampar membawa masalah itu ke pengetahuan pihak bertanggungjawab.

“Sebelum ini, penduduk sudah pun menghantar kertas kerja kepada pejabat Menteri Besar dan sudah pun menerima maklum balas berkaitan perkara itu.

“Bagaimanapun, pihak kami akan cuba membawa perkara ini sekali lagi ke pengetahuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya rintihan mereka didengari dan diberi tindakan sewajarnya,” katanya.