Rabu, 17 Mac 2010

ANWAR MALU BESAR- TAK TAHAN TELINGA -LARI KELUAR DEWAN



DEWAN PARLIMEN, 17 Mac – Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini  ”cabut lari” keluar Dewan Rakyat selepas kira-kira 5-10 minit Ahli Parlimen (Bebas) Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim  dedah pelbagai pembohongan PKR hendak menjayakan gerakan mengambilalih Kerajaan Persekutuan “16 September” .

Zahrain dakwa Anwar memperalat pemimpin PKR dan pakatan pembangkang konon YDP Agong setuju dan Penglima Agkatan Tentera menyokongnya menjadi perdana menteri keenam.
Zahrain turut menggelar Anwar “raksasa pelbagai wajah” yang tunduk kepada Dap.

Ahli-ahli Parlimen BN menjerit “jangan keluar, jangan keluar” ketika melihat tindakan Anwar keluar Dewan. Ada yang menjerit “penakut!” dan “kalau berani tunggu!”
Di dalam ucapan sulung selaku MP Bebas, Zahrain antara lain berkata, untuk menyakinkan ramai pemimpin dan penyokong PKR serta pakatan pembangkang, termasuk Pas dan Dap, Anwar kononnya sudah mendapat persetujuan YDP Agong dan akan mendapat sokongan Angkatan Tentera Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar dan MP Bagan Serai kemudiannya cuba bantah mendesak Zahrain tarik balik jangan kaitkan dengan namanya, YDP Agong dan Panglima Angkatan Tentera. Dalam keadaan tidak menentu itu, Anwar “angkat kaki” keluar daripada Dewan Rakyat.

MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang sebelum ini bayangkan akan buat kejutan, petang ini, kata, dia sendiri terkejut dengan tindakan Zahrain.

Zulkifli kata, pendedahan Zahrain itu memang betul.

Zahrain yang menyifatkan rancangan itu sebagai usaha untuk mengambil alih kerajaan tanpa mengira kesannya, berkata beliau masih ingat bagaimana wakil rakyat PKR diperalatkan dan dibohongi kononnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti lebih daripada mencukupi.

Katanya mereka diberitahu kononnya Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada pakatan pembangkang untuk membentuk kerajaan.

“Malah Yang di-Pertuan Agong dikatakan merestui YB Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri keenam,” kata Zahrain ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.
Di peringkat itu, suasana menjadi kecoh apabila Anwar meminta dirinya tidak dikaitkan dengan perkara itu.

Kekecohan berlaku apabila beberapa anggota parlimen BN dan pembangkang bangun untuk mencelah termasuk Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan yang menggesa supaya Zahrain menarik balik kenyataannya.

Ketika itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengingatkan peraturan 36(8) bahawa kelakuan atau sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri atau hakim-hakim atau mana-mana Suruhanjaya tidak boleh disebut kecuali dikeluarkan usul.

Zahrain kemudiannya menyambung ucapannya dengan mendakwa kononnya panglima angkatan tentera juga menyokong perancangan pembangkang itu yang kemudiannya menjadikan Dewan lebih gamat.

Dalam suasana kecoh itu, Zahrain meneruskan pendedahan mengenai kepincangan dalam perjuangan pakatan pembangkang yang menjadi perjuangan peribadi Anwar yang menyebabkan ketua pembangkang itu akhirnya bertindak keluar Dewan.

Ketika itu kedengaran anggota Parlimen BN yang berteriak “pengecut” dan “berani, tunggu” mendesak supaya Anwar tidak keluar Dewan dan mendengar pendedahan mengenai kenapa Zahrain keluar parti kerana tidak percayakan kepimpinan PKR dan pakatan pembangkang.

Tian Chua (PKR-Batu) turut mempertikaikan kenapa Zahrain mendedahkan perkara itu selepas dua tahun pakatan memerintah Pulau Pinang.

Zahrain turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Beliau mendedahkan, antara punca beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan Anwar ialah apabila PKR terlampau memperhambakan diri kepada Dap sedangkan ketua pembangkang itu pernah memberitahunya yang PKR tidak akan tunduk kepada parti itu.