Isnin, 8 Mac 2010

ANWAR TERUS MENGHINA SISTEM PERUNDANGAN NEGARA-PETIKAN DARI BLOG BELIAU

Pemecatan 1998: Keputusan Mahkamah Persekutuan Dikesalkan

Keputusan Mahkamah Persekutuan dikesalkan.

Hakim membaca berjela isu yang tidak berkaitan mengenai kuasa Perdana Menteri melantik dan menyingkir menteri; Raja Berperlembagaan bertindak “atas nasihat”. Perkara tersebut tidak pun dipertikai.

Yang dibangkitkan ialah berkaitan Perkara 43(5) bahawa perlantikan dan penyingkaran sah hanya dengan perkenan SPB YDP Agong. Dalam kes saya, ini tidak berlaku!
Dua isu timbul iaitu:

i) Keputusan Hakim sekadar memperkukuh kedudukan Perdana Menteri kerana keputusan hanyalah “mere formality”. Ini bercanggah dgn Perkara 43(5) dan meletakkan Perdana Menteri berkuasa mutlak mengenepikan YDP Agong.

ii) Tatkala saya dirawat di Munich, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Najihah berkenan menziarahi saya. Ketika itu, Almarhum memaklumkan saya dengan disaksikan oleh Tuanku Najihah dan Azizah bahawa Baginda tidak dimaklumkan mengenai pemecatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan hanya memberi perkenan pada minggu berikutnya!

Aneh sekali keputusan Hakim, berbeda pula dengan kes Perak – di mana Raja diberi kuasa mutlak.
ANWAR IBRAHIM