Ahad, 14 Mac 2010

PADAH APABILA SALAH PILIH PEMERINTAH

2010/03/13

GEORGETOWN: Dua rakan baik kini hidup melarat selepas rumah sewa mereka di Taman Gerbang Jaya, Pulau Tikus, di sini dirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kelmarin.

K Pathanaban, 58, dan Ooi Ah Lye, 48, yang bersahabat sejak 12 tahun lalu, mendakwa rumah sewa mereka dirobohkan tanpa sebarang notis serta dilakukan tanpa mengambil kira aspek kemanu-siaan.
Lebih mengecewakan mereka, sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus dari DAP, Koay Teng Hai, yang sudah memberi jaminan rumah mereka tidak akan dirobohkan dalam tempoh sebulan tetapi dimusnahkan sehari selepas itu. Pathanaban mendakwa, Koay memberi jaminan itu bagi membolehkan dia
dan Ooi mencari rumah baru dalam satu pertemuan malam Rabu lalu, sekali
gus memberi kelegaan kepada mereka.



"Malah, Koay turut menyokong permohonan kami mendapatkan rumah awam milik kerajaan negeri untuk disewa dengan kadar RM125 sebulan dengan menandatangani satu surat,” katanya.

"Tetapi baru saja saya hantar surat itu kepada Jabatan Perumahan di Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak), pagi tadi (Khamis), rumah kami dirobohkan MPPP," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.
Rumah yang dirobohkan itu mempunyai lima bilik dan mereka menyewanya dengan kadar RM150 sebilik sebulan. Pemilik rumah itu dikatakan meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu.

Anak pemilik rumah itu dikatakan gagal menjelaskan cukai kepada MPPP sejak dua tahun lalu sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu mengarahkan Pathanaban dan Ooi keluar dari rumah berkenaan.

Bekalan air ke rumah itu juga dipotong sejak November lalu.

Pathanaban berkata, dia kecewa apabila seorang kakitangan pejabat Adun Pulau Tikus memberitahu, mereka tidak boleh membantu walaupun sebelum ini sudah berjanji mengambil tindakan.

"Saya kecewa dengan sikap dolak-dalik mereka. Lebih baik terus terang bagi membolehkan kami bersedia," katanya.

Pathanaban merayu kerajaan negeri supaya dapat berbuat sesuatu membantu mereka mendapatkan rumah.

"Saya bukannya berpendapatan tinggi, hanya berniaga kedai kopi dengan pendapatan RM900 sebulan, manakala Ooi bekerja sebagai tukang sapu dengan gaji RM600.

"Manalah kami mampu menyewa rumah sekitar kawasan ini yang kadarnya RM500 ke atas. Kalau dapat sewa rumah milik kerajaan negeri mungkin dapat kurangkan beban kami," katanya.

Ooi pula berkata, penguat kuasa MPPP yang tiba kira-kira jam 9 pagi, enggan mendengar rayuannya supaya menunggu Pathanaban terlebih dulu.

"Mereka terus merobohkan rumah kami tanpa belas kasihan. Malah, ada di kalangan mereka mengambil barangan dan dipunggah ke dalam lori dibawa bersama dalam kerja perobohan.

"Saya sempat menghubungi Pathanaban tetapi apabila dia sampai kerja merobohkan rumah sudah selesai,"