Terkini ialah tulisan dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh dan tulisan Michael Chick dalam portal Malaysia Today yang nyata memperlekehkan tindakan serta aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu.
Soalnya mengapa perlu mempertikaikan tindakan aktivis Melayu yang menjalankan aktiviti mereka. Sebaliknya, tidak pernah disebut atau dipertikaikan mengenai tindakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang memboikot kongres mengenai Model Ekonomi Baru anjuran Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Malaysia.
Dalam resolusinya turut menyebut DPMM bersetuju dengan cadangan mereka.
Dalam resolusi terbaru dibuat MCA dalam menyokong 1Malaysia antara lain:
Persoalannya, tiga resolusi yang dilulus itu langsung tidak menyatakan hasrat 1Malaysia. Jika benar MCA dan seluruh warga Cina di negara ini menyokong konsep 1Malaysia, pasti tiga perkara ini tidak boleh dijadikan resolusi. Malah, perkara ketiga ada kaitan dengan hukuman Islam.
Hanya orang Islam yang faham hukuman serta kehendak agama mereka. Mengapa perlu mengubah atau mempertimbangkan hukuman sedangkan yang mencadangkan rasanya langsung tidak faham Islam?
Hukuman yang dibuat, bukan penyeksaan tetapi falsafah serta pengajaran orang ramai adalah perkara penting. Ini belum lagi menyentuh soal kesan psikologi serta cara pelaksanaan hukum.
Oleh itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datok berpendapat jika benar MCA dan masyarakat Cina di negara ini menyokong 1Malaysia bertepatan dengan maksud yang dinyatakan seperti di atas, semua sekolah vernacular dan SRJK Cina dan Tamil harus dimansuhkan demi pembangunan bangsa Malaysia.
Ini amat perlu dilaksanakan segera jika mahu melihat Malaysia terus aman dan makmur seperti sekarang.
Perkembangan mutakhir ini menyaksikan persendaan, pertikaian agama serta salah faham hubungan sosial jika tidak dibendung akan menjadi barah yang lama-kelamaan tidak akan mampu diubati.
MOHAMAD ASRI SHAFII,
Yang Dipertua GPMS Bagan Datoh, Perak