14/4/2009  ulang siar
Gejala rasuah politik diketahui umum dan ianya bukan suatu  perkara yang dirahsiakan sama sekali. Lebih teruk lagi, ramai perasuah  tidak kisah untuk merahsiakan perbuatan rasuah politik mereka.  Malangnya, generasi muda juga terlibat dalam gejala ini. 
Minggu lepas semasa persidangan Umno, saya keluar bersama kawan untuk  makan malam sambil menunggu keputusan pemilihan. Saya terkejut, apabila  rakan sejawatan yang sememangnya tidak layak untuk menjadi ahli Umno  berdasarkan keturunannya, bertanya kepada perkembangan keputusan  pemilihan Umno itu.
Ini membuktikan kepada saya bahawa pemilihan Umno minggu lepas juga  diikuti dan diawasi oleh mereka yang bukan ahli Umno. Pemimpin parti  yang dipilih adalah penting bukan sahaja kepada ahli Umno sahaja tetapi  juga kepada seluruh Rakyat Malaysia.
Sekiranya ahli Umno prihatin terhadap perkara ini, mungkin ahli Umno  akan berkelakuan dan bertingkah laku lebih baik.
Tidak dapat disangkal bahawa kesahihan kemenangan beberapa pimimpin  parti Umno diragui.
Justeru itu, tidak perlu walaupun seseorang tampil ke hadapan untuk  membuat tuduhan rasuah politik secara rasmi kerana perbuatan  perasuah-perasuah itu, dan mereka yang menjual diri mereka dan menerima  rasuah itu-melakukannya secara terbuka.
Ada diantara mereka ini yang didapati bersalah apabila membeli undi  tetapi mereka ini masih dibenarkan untuk bertanding dalam pemilihan  Umno.
Ada juga diantara perasuah yang dapat mengelak daripada hukuman dan  tuduhan-tuduhan rasuah. Bagi, penerima rasuah ini pula, perbuatan keji  ini hanya perkara biasa yang dibolehkan.
Maka, bagaimana pula dapat diperjelaskan hujah-hujah para perwakilan  yang sanggup mempertahankan kegiatan rasuah politik? Ulasan para  perwakilan ialah ianya hanya pampasan untuk "pengorbanan" mereka. Tidak  dihiraukan bahawa kononnya pampasan ini untuk "pengorbanan" mereka  adalah jauh lebih besar dari gaji mereka untuk setahun.
Para perwakilan inilah yang melaung-laungkan bahawa agama mereka  harus dipertahankan habis-habisan tetapi lupa akan sifat hipokrit mereka  dalam isu rasuah politik yang juga merupakan pengkhianatan terhadap  agama mereka sendiri. Mereka ini bersorak apabila pemimpin tertinggi  berhujah supaya amalan rasuah yang berleluasa ini dihentikan tetapi pada  masa yang sama mereka juga menuntut wang kepada mereka yang memerlukan  undi mereka.
Perbuatan rasuah politik ini bukan sahaja dilakukan secara terbuka  tetapi ianya sudah menjadi satu kebiasaan yang diterima. Ramai yang  sanggup menjual jiwa mereka demi wang dan ramai juga yang sanggup  menyogok asalkan dapat kemenangan.
Tidakkah sesiapa di antara mereka peduli bahawa seluruh negara sedang  mengikuti perkembangan ini? Hakikatnya, tidak ada sesiapa pun yang  kisah asalkan penyogok-penyogok ini memperolehi kemenangan dalam  pemilihan tersebut. Tidakkah mereka mempertimbangkan bagaimana mereka  telah menjual diri mereka dan lebih teruk lagi parti Umno yang mana  mereka ini bergantung kepada untuk terus hidup? Agaknya tidak.
Mereka yang mengutuk perbuatan keji ini pula dikatakan hidup dalam  keadaan begitu senang sehingga tidak memahami apa sebenarnya manfaat  apabila berdepan dengan peluang-peluang untuk kaya ini.  Perasuah-perasuah ini bertanyakan dimana atau bila lagi akan mereka  dapat peluang untuk mendapat jumlah wang sebesar ini?
Hakikatnya, perasuah-perasuah ini adalah orang yang menganggap diri  mereka sebagai orang warak kerana mereka memastikan bahawa isteri mereka  bertudung dan mereka gunakan wang rasuah ini untuk menjalankan ibadah  haji mereka.
Adakah halal dan haram hanya untuk makanan sahaja dan bukan  merangkumi rasuah politik atau cara mencari nafkah?
Bagi mereka pula yang mengatakan bahawa orang yang lebih tua sahaja  yang mengamalkan rasuah politik dan orang muda tidak terlibat-ianya  adalah suatu kenyataan yang tidak benar.
Sebenarnya, generasi muda yang mengamalkan rasuah politik dengan  berleluasanya. Balasan pada hari akhirat tidak termasuk mereka ini,  biarlah orang muda berseronok dan menghayati kereta baru , jam baru dan  isteri baru mereka.
Saya berasa begitu cemas terhadap generasi muda yang menganggap  rasuah politik sebagai suatu kebiasaan yang diterima. Satu generasi yang  berfikiran bahawa cara untuk mendapat kejayaan bukanlah melalui kerja  keras tetapi dengan rasuah politik. Generasi perasuah ini akan  mengatakan apa sahaja seperti yang dituntut oleh pemimpin-pemimpin  perasuah mereka.
Dengan bangganya mereka memuji sesama sendiri terhadap kekayaan dan  kejayaan mereka dalam mendukung pemimpin yang dapat memenuhi kerakusan  mereka.
Adakah kami memerlukan bukti terhadap kesemua ini? Kami hanya perlu  melihat siapa yang menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini dan  menilai.
Adakah mereka berwibawa? Hanya segelintir yang berwibawa.
Adakah mereka mempamerkan sifat-sifat kepimpinan? Tidak.
Tetapi mereka masih dipilih sebagai pemimpin.
Sememangnya, ada diantara mereka yang dipilih mempunyai sifat-sifat  kepimpinan. Mereka boleh berhujah dan menonjolkan diri sebagai rendah  hati, yang sekarang ini dihebohkan sebagai pemimpin "underdog" yang  menang.
Walaubagaimanapun, Hitler juga mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Hari ini Hitler sudah berkuasa di Malaysia. Lihat Selangor, Pulau Pinang bahkan dalan institusi IPTA kebanggaan bangsa Melayu pun Hitler sudah mengembangkan pengaruhnya.