Jumaat, 30 April 2010

28+3 = 31

Setahun sudah pun berlalu kerajaan Perak bertukar tangan dari Pakatan Rakyat kepada kerajaan BN. Dato Seri Dr Zamry telah dipilih untuk mengetuai kuasa eksekutif BN dalam kerajaan, semuanya berlaku kerana 3 wakil rakyat Pakatan meninggalkan parti dan menyokong BN. 


Pada peringkat permulaan rata-rata menyebut  28+3. Kini setelah setahun nombor tersebut perlu ada penyelesaiannya, tidak boleh lagi tergantung. BN Perak hendaklah menyelesaikan masalah matematik tersebut dengan memberi jawapan kepada angka 31.


Isu Menteri Besar juga telah selesai di Mahkamah Persekutuan. Tuntutan Nizar untuk mendapatkan kembali kuasa eksekutifnya telah gagal. Oleh yang demikian Pakatan Haram terutama Nizar tak perlulah menuduh Dato Seri Najib mengetuai rampasan kuasa Perak. Nizar perlu insaf bahawa rezekinya untuk menjadi ketua negeri telah direntap oleh Allah. 


YB Muhd Osman Jailu, YB Jamaluddin dan YB Hee Yit Foong menjadi faktor penting kepada peralihan kuasa daripada kerajaan Dap yang memperkudakan Pas. Hari ini ketiga-tiga mereka dikategorikan sebagai Adun bebas dan belum ada angin atau ura-ura bahawa ketiga-tiga mereka akan menyertai mana-mana komponen parti BN. 


Persepsi umum hari ini masih mengganggap ketiga-tiga mereka ini adalah 28+3 lagi. Ini sudah tidak sesuai lagi. BN terutama bahagian Bukit Gantang , Behrang dan Jelapang. Jika ada apa-apa program BN ketiga-tiga mereka ini hendaklah dijemput untuk turut serta dan elakkan dari dipencilkan. 

Seandainya ketiga-tiga mereka menjalankan program di kawasan mereka, BN hendaklah membantu dan memberi sokongan. Secara tak langsung ia akan memberi semangat kepada mereka bertiga untuk terus berkhidmat dengan masyarakat. 

Dan akhirnya mereka juga memerlukan sumber kewangan untuk membantu rakyat di kawasan mereka , oleh itu pihak kerajaan Negeri dan Persekutuan diharapkan agar tidak terlepas pandang.