Jumaat, 30 April 2010

Pesakit Diabetis Menerima Kerusi Roda


Kamunting 30 April : Seorang warga emas Che Dah Mat Isa dari Rumah Awam Jalan Stesen , Kamunting sangat berterima kasih kepada YB Dato' Mohd Zahir Dato' Mohd Khalid Exco Perak merangkap Adun Kamunting yang sudi menyumbangkan sebuah kerusi roda kepadanya.

Che Dah telah dipotong kaki kirinya dari paras lutut. Sebelum ini warga emas tersebut telah menggunakan kerusi roda yang sudah uzur yang diberikan oleh jiran cinanya. Kerusi tersebut telah digunakan oleh suaminya yang telah meninggal dunia.

Che Dah mempunyai 7 orang anak tetapi kesemua anaknya berpendapatan rendah menurut warga emas ini. Buat masa ini beliau tinggal bersama dengan anak dan 3 cucunya.
Posted by Picasa