Jumaat, 30 April 2010

Majis Penyerahan Cek Dermasiswa

Kamunting- 30 April; YB Dato' Mohd Zahir Dato Khalid Exco merangkap Adun Kamunting telah menyampaikan sumbangan dermasiswa Yayasan Perak kepada 206 orang pelajar IPT yang bermastautin dalam kawasan beliau. Pelajar yang membuat program ijazah mendapat RM 1000, Diploma RM 5oo dan Persijilan mendapat RM 300.

Dengan sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah untuk membeli peralatan untuk kemasukan ke IPT. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Yayasan Perak dan juga wakil Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama En Omar Ibrahim.

Dalam ucapan ringkasnya Dato Zahir menegaskan bahawa negara sekarang berdepan dengan cabaran yang cukup tinggi dan kita tidak dapat menjangka apakah kejutan yang akan berlaku 15 atau 20 tahun dari sekarang. Tambahan beliau Tun Mahathir sewaktu melancarkan Wawasan 2020 beliau tidak menyangka akan kejutan yang berlaku hari ini. Eropah dan Amerika merupakan kuasa ekonomi yang kuat pun boleh runtuh sekelip mata. Politik dunia pun berubah tanpa diduga , begitu juga kepesatan ICT dan kerjaya.

Dari tahun 1990 hingga 2010 banyak benda baru yang kita lalui dan tidak pernah terfikir sebelum ini. Oleh itu pelajar yang bakal mewarnai dunia pekerjaan selepas keluar dari IPT diharapkan menjadi individu yang berpendapatan tinggi. Untuk itu pelajar hendaklah menyedia dan menyiapkan diri dengan ilmu dan kepakaran khusus untuk berdepan dengan pekerjaan yang menggunakan ilmu dan kepakaran yang tinggi. Secara tidak langsung ia juga akan dapat melepaskan keluarga daripada kepompong kemiskinan. Kita harus menjadi masyarakat yang berpendapatan tinggi.

Selain dari 206 pelajar yang menerima bantuan dari Yayasan Perak, 7 NGO juga telah menerima sumbangan kewangan untuk menjalankan aktiviti kelab dan pertubuhan mereka, antaranya ialah Kelab Motosikal Kuasa Besar Taiping, Kelab Kereta Kancil Taiping, Kelab 4x4 Taiping, Silat Gayung Helang Putih, JKKK dan lain-lain.

Majlis berakhir pada jam 4.30 petang dan tetamu dihidangkan jamuan ringan. TM melihat ramai juga kalangan ibubapa yang terdiri daripada Lalat Hijau atau Orang Bulan yang hadir untuk menemankan anak-anak mereka menerima dermasiswa tersebut.

Dahulu sewatu TM menemuramah Dr Zamry mengenai bantuan zakat fitrah kepada fakir miskin , beliau juga berkata pihak kerajaan tidak akan melihat kepada parti atau sama aliran. Sesiapa yang layak akan diberi bantuan. Tak kira bendera apa, tetapi sebelum ini mereka tidak berbuat sedemikian rupa.

Sebelum ke majlis tersebut, TM berada di Pejabat Pos Taiping untuk urusan cukai jalan kereta. Di sebelah TM terdapat dua lalat hijau yang sedang bercakap mengenai Khazanah Negara yang mempunyai saham dalam syarikat perjudian dan kilang arak, salah seorang menokok " Pos juga mengalami kerugian, tak pernah untung, apa depa buat pun tak tahu" Kedua-dua lalat hijau adalah pesara kerajaan.
Posted by Picasa