Rabu, 28 April 2010

KENALI BAHAGIAN SIBU

Sibu merupakan sebuah daerah yang cukup maju dengan pembangunan yang dibawa oleh arkitek atau bapa pembangunan Sarawak, tak lain dan bukan Datuk Patinggi Taib Mahmud.

Taib yang pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 70an telah mendapat cukup ilmu selama beberapa tahun di Kuala Lumpur .

Kembalinya ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri beliau telah membangunkan seluruh bahagian,  bandar dan kampung dengan pembangunan. Rakyat bumi kenyalang telah mendapat nikmat hasil dari pemikiran beliau.

Sibu pada tahun 60an hingga awal 80an masih berada dalam ancaman komunis. Sebelum Komunis Malaya mengadakan tandatangan gencatan senjata di Hatyai,  Sibu masih tidak selamat.

Komunis masih menyerang dan cuba menggangu gugat ketentaraman awam dengan menggantung dan meletupkan bom di sekolah, menyerang tempat-tempat strategi . Pernah satu ketika dalam tahun 83 komunis buat kali terakhir cuba membuat kacau bilau di daerah Sibu.

Sebahagian mereka mendapat didikan di universiti dari Taiwan. Bila kembali ke Sarawak mereka gagal mendapat pekerjaan kerana ijazah mereka tidak di iktiraf oleh kerajaan. Ada yang masuk hutan dan bekerja di kem balak dan mereka ini mempunyai mentali komunis yang menjayakan gerakan mereka.

Mereka ini lah yang mendokong pergerakan Dap sehingga berjaya merampas kerusi Sibu daripada BN Wong Soon Kai tahun 80an buat pertama kali dan terakhir. BN berjaya merampas semula kerusi tersebut oleh Robert Lau dan  Dap terus lenyap dan tidak mendapat sokongan lagi.

Bagaimanapun mereka tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha secara senyap dan gerakan mereka berjaya mempengaruhi undi muda supaya menyokong mereka.

Mereka ini lah yang membawa sentimen anti semenanjung dan mengangap semenanjung adalah penjajah kedua selepas British.  Mereka juga berusaha dengan propaganda untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia dan menubuhkan negara 3S. Sabah, Sarawak dan sebuah lagi negara yang sudah bebas dari Malaysia membentuk satu pakatan.

Jika ini berlaku penduduk peribumi akan menjadi seperti peribumi Australia dan ditinggalkan didalam kawasan tanah resab untuk tontonan pelancong.  Paling sedih kerana terdapat sebahagian peribumi Sarawak yang menyokong pergerakan Dap. Ini termasuklah peribumi dalam parti Pas dan Pkr.

Sibu menjadi tumpuan migrasi kaum Foochow yang datang secara besaran sejak 100 tahun lalu. Kapitan Cina Wong Nai Siong telah menulis surat kepada Gabenor Brooke untuk membawa masuk orang-orang Cina.

Setelah mendapat keizinan daripada pihak Rajah Brooke, Kapitan Wong telah membawa masuk secara besar-besar dan migrasi terus berlaku sehingga tahun 50an sebelum merdeka.

Kedatangan mereka kerana melarikan diri dari peperangan dan ramai yang datang pada usia muda , ada yang baru 8 tahun dan datang berseorangan untuk mencari kehidupan baru.

Foochow mula mula mendarat di Ulu Sungai Merah dan terus meneroka tanah-tanah untuk dijadikan kawasan pertanian . Kaum Foochow amat mahir dalam kerja pertanian ini.

Jalan Kampung Nyabor merupakan kawasan petempatan kaum melayu dan hari ini sudah menjadi sebahagian daripada bandar Sibu, Selain itu penduduk melayu menetap di sepanjang Sungai Batang Igan dengan menggunakan nama kampung seperti Kampung Datuk, Kampung Hilir dan Kampung Nangka, ke hilir lagi ialah kawasan Iban iaitu Sungai Antu.

Kawasan ini satu-satunya kawasan bandar yang mempunyai Adun Melayu ia itu Datuk Awang Bemee Awang Ali Bashah Adun Nangka.

Hampir 30 tahun Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri , Pembangunan Sibu naik mendadak. Kawasan-kawasan luar bandar seperti Mukah, Balingian, Igan, Daro juga mendapat kesan pembangunannya,

30 tahun lalu penduduk Mukah tidak pernah terfikir akan memiliki sebuah IPTA di kawasan mereka. Hari ini boleh berbangga dengan tertubuhnya cawangan UITM di daerah tersebut. Sibu juga terdapat beberapa kolej universiti yang mempunyai ramai pelajar tempatan.

Bagi penduduk semenanjung , bandar Sibu amat dikenali dikalangan tentera, polis, guru dan lain-lain jabatan kerajaan. Jangan keliru jika melawat bandar ini kerana tidak seperti bandar Kuching yang mempunyai banyak kesan-kesan sejarah. Sibu tidak ada semua ini.

Kaum Cina kebanyakannya penganut Kristian dan tidak hairan jika terdapat banyak gereja yang besar-besar di merata tempat. Tokong Cina? Adalah satu dua. Sebab itu bagi pelancong yang ke sana tidak akan dapat menghidu bau colok pada waktu petang seperti mana bandar-bandar besar di semenanjung.

Kuala Lumpur merupakan destinasi membeli belah bagi penduduk Sibu. Penerbangan terus ke KLIA dan LCCT hanya mengambil masa 2 jam. Oleh itu tidak hairan setiap hari penerbangan terus ini penuh. Cuma orang semenanjung sahaja yang jarang ke sana,

Kepada bloggers Pro Bn yang ingin ke sana silakan. Kalau nak makan masuk saja ke mana-mana restoran. Restoran Cina juga menyediakan makanan halal, jangan susah hati,  Hotel Zuhra satu-satunya hotel milik melayu standard 3 bintang yang lain hotel biasa seperti yang terdapat di Kuala Lumpur dan lain-lain bandar.  Satu lagi pesanan ialah nak berjalan kena ada peta,. jika tidak memusing 10 kali tak jumpa jalan balik ke hotel.

Anda juga boleh menaiki bas ekspress dari Kuching  ke Sibu dengan jarak 400 km dalam masa 7 jam. Jika memandu sendiri boleh sampai dalam tempoh 5 jam tetapi awas, jalannya dua hala.

Bandar Sibu amat penting dalam sejarah menubuhan Malaysia. Lim Beng Siew, Temenggung Jugah dan beberapa orang lagi pembesar tempatan adalah negarawan tempatan yang penting dalam usaha mereka bergabung dengan Malaysia pada tahun 1963. Hari ini Rumah Malaysia di Jalan Lanang adalah monument penting dalam sejarah Malaysia.

Pembalakan dan pertanian menjadi sumber ekonomi utama bandar ini. Lada hitam dan getah adalah eksport utama bandar ini. hari ini industri perkapalan menjadi sumber baru. Feri yang menyeberang dari pelabuhan utama seperti Melaka, Lumut dan Pennag ke Indonesia kebanyakannya adalah dibina di Sibu.

Akhir kata, Nik Aziz dan Anwar tak payah lah menyebuk di sana ,  Orang Sibu tak akan terima anda semua..


View Larger Map