Rabu, 28 April 2010

MENJEJAK ANWAR DI LUAR NEGARA


Pada 24 Januari 2005, Anwar Ibrahim mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan para penyokongnya di Malaysia kerana mulai tarikh itu beliau berhijrah ke United Kingdom (UK) untuk menjadi pensyarah pelawat di di Saints Anthony’s College, Oxford. Sumber Akhbar Mahasiswa melaporkan kedatangan Anwar di UK dan jawatan pensyarah pelawat itu hasil pertolongan Sir Christopher Patten, seorang rakan karib Anwar yang pernah menjadi Gabenor British di Hongkong dan sekarang menjadi Pesuruhjaya Hal Ehwal Antarabangsa di Eropah. Klik di sini

Christopher Pattern mulai berkenalan dengan Anwar sekitar tahun 1997, ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan, manakala Chris Pattern merupakan Gabenor di Hong Kong. Mulai tahun 2005, Chris Pattern kembali semula ke UK dan dilantik menjadi Canselor di Universiti Oxford. Klik di sini

St Anthony College merupakan salah satu kolej di bawah Universiti Oxford.

Chris Pattern atau juga dikenali Lord Pattern merupakan Pesuruhjaya Eropah yang terlibat secara langsung dengan polisi luar negara. Beliau bersahabat baik dengan George Soros yang bersama-sama terlibat dalam ICG (International Crisis Group). Dalam ICG, yang ditaja oleh George Soros, Chris Pattern dilantik sebagai salah seorang Pengerusi ICG. Selain Chris Pattern, seorang lagi pengerusi ICG adalah Thomas R Pickering, bekas duta Amerika Syarikat ke Israel.
 
Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006. Klik di sini

Di sini terdapat beberapa persoalan berkenaan perkaitan Chris Pattern, Anwar Ibrahim dan George Soros. Sumber yang memaklumkan pelantikan Anwar di St Anthony College, selain dari Akhbar Mahasiswa adalah Raja Petra Kamaruddin(RPK) yang pernah menulis di Malaysia-Today sekitar tahun 2005. Sekarang RPK juga melarikan diri ke London. Begitu juga Anwar Ibrahim, sebelum ke Amerika Syarikat, beliau memulakan transit di London. Chris Pattern adalah god father yang berpengaruh melindungi Anwar dan menempatkan Anwar di salah satu kolej kawalannya (St Anthony College).

George Soros juga menjadikan kota London sebagai transit keduanya selepas Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Al Gore, selepas parti Demokrat kalah di Amerika Syarikat, beliau melarikan 'harta-harta' kepunyaannya dan aset parti Demokrat ke kota London, bernaung di bawah Generation Investment Management Group(GIM).

Sekitar tahun 1997/1998, Chris Pattern dan George Soros berpengakalan di Hong Kong. Pada tahun itu juga krisis ekonomi melanda Malaysia dan Dr Mahathir menuduh George Soros adalah seorang penyangak yang berada di belakang kemerosotan ekonomi itu kerana manipulasi matanya itu. Anwar ketika itu adalah Menteri Kewangan Malaysia.

Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) mengesahkan George Soros berada di belakang Anwar dalam serangan ekonomi di Malaysia itu.

Tulis Mike Billington : "Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada tahun 1997-1998 oleh George Soros dan menjadi 'rakan serigala' yang ditaja olehnya."

"Beliau(Anwar) mengatakan bahawa sesuatu yang amat 'berfaedah' daripada IMF  akan datang ke Malaysia dan bebincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai 'projek mega' yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan 'kroni' yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut."

"Beliau(Anwar) mengakui telah membawa cadangan Soros kepada pembuat dasar (Kerajaan Malaysia) dan beliau telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri yang sangat bodoh. ". Klik di sini

Dalam tulisan lain,Mike Billington yang bertajuk "Gore's Racist Assault Against Malaysia"  penulis turut menulis mengenai reaksi George Soros apabila dipecat dari kerajaan dan dipenjarakan.  Billington menulis : "beberapa minggu kemudian, spekulator George Soros menyatakan kembali sokongannya kepada Anwar dalam satu ucapan di Universiti Johns Hopkins, meminta supaya Anwar dibebaskan, serta menyalahkan Dr. Mahathir kerana membantu "kroninya" dengan membelanjakan ekonomi:

"Jadi saya fikir apa yang perlu berlaku, adalah, dia (Dr Mahathir) perlu disingkirkan daripada kuasa," kata George Soros. Klik di sini


Berdasarkan kedua-dua tulisan Mike Billington ini dapat disimpulkan perancangan yang membawa Anwar ke London di dalangi oleh George Soros dengan menggunakan perantara Chris Pattern. Berdasarkan tulisan Billington itu terdapat tiga godfather Yahudi yang berkongsi aset yang sama ke atas Anwar Ibrahim iaitu George Soros, Al Gore dan Paul Wolfowitz.Klik di sini

Pendapat Mike Billington ini diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Anwar dalam ICG. George Soros merupakan penaja utama ICG, dan Chris Pattern merupakan salah seorang pengerusi yang dilantik hasil cadangan George Soros. Dari kesemua ahli jawatankuasa ICG hanya Anwar sahaja muslim. 12 orang jawatankuasanya adalah bekas-bekas pentadbir kerajaan Amerika Syarikat yang kebanyakannya dari bangsa Yahudi beraliran Zionis. Manakala selebihnya wakil-wakil negara yang pro Israel. Klik di sini

Kesimpulannya rangkaian Anwar di seluruh dunia hari ini dibina melalui rangkaian ICG. Manakala dasar ICG yang ditaja oleh Soros adalah pro Israel iaitu untuk mewujudkan sebuah Negara Israel yang sah. Maka tidak hairan, ICG memulakan inisiatif untuk mempromosi Annapolis Summit dengan cadangan 'two state solution' (mengiktiraf Negara Israel dan Palestin) dan Anwar adalah salah seorang yang menyokong cadangan tersebut. Klik di sini