Khamis, 29 April 2010

PAS SEKALI LAGI MENJADI PELACUR POLITIK DI SIBU.

Parti Pas Cawangan Sibu telah ditubuhkan pada 1980 oleh seorang penduduk tempatan dari Kampung Dato, Sibu. Nama Mat Arop ini TM tak ingat lagi laa sebab orangnya tak terkenal di peringkat Pas Pusat.

Hebatnya ialah sewaktu penubuhannya ada pemimpin Pas Pusat turun ke Sibu dan Mat Arop ini bergelar Pesuruhjaya. Berita penubuhan tersiar dalam akhbar tempatan iaitu Borneo Post.

Adakah Pas berkembang dan mendapat sambutan dari kalangan penduduk Sibu? Jawapannya ialah TIDAK.

Tidak kerana Pas telah salah pilih orang. Individu tersebut terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai orang yang gemar laga ayam, kaki pecah rumah dan macam-macam lagi cerita yang buruk terhadapnya. Lama kelamaan Pas berkubur begitu sahaja.

Cuma akhir-akhir ini Pas telah berkembang di setiap bahagian dan daerah di seluruh Sarawak. Ditambah dengan dunia internet blog-blog Pas Sarawak sudah banyak timbul. Namun kekuatannya tidak diketahui.

TM tahu propaganda Pas banyak digerakkan oleh guru-guru agama yang datang dari semenanjung. Perkara ini kementerian kena buat pemantauan. Tak elok jika bergelar kakitangan kerajaan tetapi pada masa yang sama menentang kerajaan. 

Mereka  kena mencontohi kakitangan kerajaan negeri Kelantan, yang mana Pok Nik mewajibkan semua kakitangan kerajaan negeri mesti menyokong dasar-dasar kerajaan Pas Kelantan.

TM telah ke sana dan meninjau kem Pkr . ternyata ia tidak mendapat sokongan. Anwar kerap datang bertemu dengan Dap dan menganjurkan majlis makan malam dan berceramah. Memanglah ramai yang hadir tetapi mereka hanya datang untuk makan free. Untuk menjadi ahli dan meyokong rasanya tidak lah seramai yang hadir.  Bagaimanpun Pkr tetap mendakwa mereka mempunyai sokongan yang kuat di Sibu dan dalam PRU 12 pengundi Pkr adalah dalam 800 lebih undi.

Pas memang tidak mampu untuk bertanding dan tidak ubah sebagai rumput-rumput ditepi jalan sahaja. Setakat buat ceramah menentang dasar-dasar kerajaan dan menghentam peribadi lawan  adalah.  itu normal dalam diari dan minda orang Pas.

Pkr bagaimana cuba untuk mencari kekuatan di bahagian yang ramai peribumi seperti bahagian Miri dan Limbang.  Di Limbang Pkr hampir berjaya menggugat calon BN dalam PRU 12 untuk kerusi Parlimen. Isu yang dimainkan mudah sahaja, calon BN keturunan Hindraf.

Di semenanjung Anwar bersekutu dengan Hindraf tetapi di Limbang beliau mengaitkan calon BN dengan Hindraf. oleh kerana calon tersebut Hj Hasbi Habibollah adalah keturunan India Muslim bekas jurutera JKR maka beliau dilabelkan sebagai Hidraf.

Samalah dengan kes APCO. Anwar bukan main hebat berhujah dan menuduh Najib besekutu dengan yahudi, pada hal satu Malaya sudah tahu siapa Anwar di mata hati Soros, Wolfowitz dan ramai lagi. Sekarang pun Anwar bergegas ke Oslo dan tak balik lagi. Apa kejadahnya dan pentingnya forum. Semua orang sudah dapat membuat telahan , bahawa dia ke sana mencari dana untuk PRK P212 Sibu.

Lihat betapa liciknya Anwar. Di Hulu Selangor Anwar mainkan isu perkauman. Pengundi wajib pilih calon melayu, calon Islam.  Bagaiman pula ceramah Anwar sewaktu berkempen untuk Xavier, Sivarasa , Elizabeth dan lain-lain. Sebab itu lah Anwar di gelar sebagai cicak tokek yang boleh berubah rupa dan warna.

Bab Pkr menyokong DAP ni tidak lah menjadi kejutan jika Anwar bersekutu dengan Dap. Ini Pas dok sokong Dap .....ini yang pelik...Pas buta hati dan buta perut masih tak serik-serik dengan dasar dan perjuangan Dap.

Sah bahawa Pas sanggup menjual agama demi kuasa dan politik.





Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan menyokong pencalonan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti. Wong yang juga Adun Bukit Asek merupakan pilihan terbaik untuk Pakatan menambahkan kerusi Parlimen di Sarawak.


Pada masa ini Pakatan hanya mempunyai seorang ahli parlimen sahaja dari Sarawak iaitu YB Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching. Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16000 orang di situ.


Sokongan rakyat mula meningkat sejak DAP mencipta kejutan pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi Bandar Sibu melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.


Rekod lama ini tidak boleh dipandang sepi kerana statistik sokongan masyarakat Cina akhir-akhir ini lebih condong kepada Pakatan seperti yang ditunjukan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.


Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.


Dengan tidak memandang rendah pengaruh wakil SUPP bagi BN, Robert Lau Hui Yew Pakatan akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain. PAS melihat bahawa pengundi bukan Cina ini juga sebagai aset penting bagi memastikan Pakatan mampu merampas kerusi itu dengan lebih selesa.


PAS akan mengerakan jentera pakar dari Semenanjung tanahair untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi mengempur BN di Sibu. PAS akan terus membiarkan BN bagai ayam berak kapur melihat begitu positifnya kerjasama jentera Pakatan yang kini lebih kuat dengan penyertaan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menjelang PRK Sibu nanti.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat