PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.
Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata
Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.
“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.
KOMEN TM;
Inlah sebahagian daripada ketaksuban pengikut Al-arqam yang berselindung disebalik nama Darul Faqah dan juga Darul Ikhwan.
Buku Aurat Muhammadiah yang telah diharamkan oleh kerajaan masih menjadi pengangan mereka hingga ke hari ini.
Ritual mingguan masih tetap berjalan secara rahsia pada setiap Ahad malam dan Khamis malam.
Adakah ajaran Aurat Muhammadiah ini berkembang maju? Jawapannya ialah Ya, mereka masih berusaha untuk mencari ahli-ahli baru tetapi ia dilakukan secara berhati-hati.
Hari ini kebanyakan pengikut ajaran Abuya adalah anak-anak dan cucu-cucu mereka yang aktif pada tahun 70an dan 80an sebelum diharamkan.
Terlalu banyak perkara-perkara yang ganjil dan pelik dalam amalam mereka. umpama nya jika berada dalam kesusahan, mereka hanya perlu menyebut nama Abuya saja dan memohon bantuan darinya. Bukan memohon doa restu dari Allah.
Majlis menebus dosa dan yaqazah juga satu ritual yang bercanggah oleh agama dan ia menjadi amalan mereka kepada ahli-ahli baru.
Ahli-ahli mereka akan dikahwinkan dengan pasangan yang sesuai dan sama taraf. Ustaz-ustaz yang berjawatan tinggi akan dikahwinkan dengan gadis-gadis manis yang mempunyai pelajaran yang tinggi. Isteri pertama diceritakan bahawa mereka akan mendapat payung emas di syurga.
Ahli-ahli dikehendaki menyerahkan semua pendapatan kepada pemimpin mereka dan mereka hanya merima resyen bulanan dan sedikit wang untuk perbelanjaan hidup. Segala-gala keperluan hidup ditentukan oleh pemimpin mereka, malah pakaian juga ditentukan oleh kepimpinan atasan.
Ajaran Al-Arqam lebih kepada mengrekrut ahli supaya menjadi orang suruhan dan taksub kepada Abuya. Abuya dianggap seorang mujaddin dan Imam Mahdi.
Untuk bergelar Ustaz di dalam arqam sesorang itu mestilah berupaya memimpin majlis zikir dan mampu menghafal buku-buku tulisan Abuya sebagai syarat. Walau pun ahli tersebut membuat 4 Senawi dan sudah pun bergelar Ustaz tetapi tidak layak untuk memberi ceramah selagi tidak mampu mengkhatamkan kitab atau buku-buku penulisan Abuya.
Kitab-kitab penulisan Abuya adalah lebih kepada ekonomi, atau fardu kifayah. oleh itu Arqam sangat berjaya dalam bidang ekonomi mereka. terutama dalam menghasilkan produk makanan halal. Sos cili, sos tomato, tauchu dan berbagai lagi produk amat laris.
Satu perkara yang menarik ialah setiap cawangan Arqam hendaklah membuka sebuah kedai menjual pelbagai keperluan harian. Jika tidak mampu menyewa kedai, ia hendaklah dimulakan di rumah dan apabila sudah berkemampuan ia hendaklah mencari bangunan kedai untuk sewaan dan jika mampu hendaklah membeli premis tersebut. Sumber kewangan adalah daripada cawangan tersebut dan peringkat pusat tidak akan membantu.
Kumpulan nasyid Hijaz ,Raihan dan Rabbani iaitu Ustaz Asri adalah diasakan dari kumpulan Arqam yang sangat gah dan masyhur sejak tahun 80an lagi dengan nama Nada Murni. Kumpulan ini bergerak ke seluruh bandar dan daerah untuk membuat persembahan. Tapi bukannya percuma. Andaikan Kumpulan Arqam Taiping ingin membawa Nada Murni ini ke sini makan semua ahli kumpulan ini akan berusaha untuk mencari dana membolehkan konsert ini dibuat, jumlahnya bukan lah sedikit, tetapi berbelas ribu ringgit.
Arqam juga bijak dan berjaya menjalin hubungan yang baik dengan RTM dan banyak zikir-zikir mereka dimainkan oleh RTM sepanjang hari. Zikir yang popular ialah zikir Yahoo...mungkin ini lah yang ditiru oleh yahoo dot com.
Pendekatan dan cara menarik ahli-ahli baru ini cukup menarik untuk dikaji. Segala-galanya bermula dengan perkenalan dan perhubungan . Abuya akan menggunakan dutanya yang bergelar ustaz-ustaz. Mereka akan meneroka tempat-tempat yang baru.
Menjalinkan hubungan dan langkah pertama ialah dengan membuat majlis tahlil dan tetamu akan dijamu dengan hidangan yang istimewa. Majlis tahlil akan berterusan pada hari seterusnya. jika malam perjumpaan pertama pada hari Ahad maka majlis kedua ialah pada hari Khamis malam. Program ini akan berterusan selama beberapa bulan. Disamping itu ustaz-ustaz ini akan masuk ke surau-surau untuk menyampaikan ceramah mereka.
Apabila crowd semakin membesar maka cawangan akan ditubuhkan dan untuk menghidupkan aktiviti semua ahli dikehendaki memberi sumbangan wang ringgit, tidak ada wang ringgit boleh gadai atau jualkan harta yang ada untuk berjihad ke jalan Allah. Pada saat ini ahli-ahli akan mula memakai jubah hitam dan berserban. Kaum hawa pula akan mula memakai jubah hitam berserta menutup muka dan hanya mendedahkan mata sahaja.
Akhir sekali jika ada ahli-ahli yang cuba keluar dari kumpulan ini, Abuya menghalalkan darah mereka. dasyat sungguh.
Ini semua adalah corat-coret kisah generasi pertama yang meyertai Arqam, setelah Arqam diharamkan dan Abuya dikenakan tahanan rumah, ajaran aurat muhaamadiah seolah-olah terhapus begitu sahaja. Rupa-rupa tidak , pergerakan ini menjelma dengan nama Rufaqah.
Ketika ini mereka mula membina kefahaman generasi kedua iaitu anak-anak kepada kumpulan pertama. Anak-anak tidak boleh tinggal bersama ibu bapa sebaliknya dikumpulkan disatu tempat seperti bangunan kedai yang dijadikan asrama dan kanak-kanak ini akan dijadikan peniaga cd , cvd dan makanan kepada orang awam. Pada waktu pagi kanak-kanak ini dihantar ke sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh kepimpinan mereka. Pada petang hari kanak-kanak akan diangkut dengan van untuk berniaga.
Selain dari itu mereka juga akan dilatih untuk menyertai pertandingan nasyid dan kumpulan yang bergelar juara akan berpeluang makan angin ke Labuan untuk bertemu dengan pemimping Agung mereka iaitu Abuya. Abuya berada di Labuan kerana menjalani hukuman buang daerah. bagaimanapun beliau mampu hidup mewah dengan menyewa banglow yang sewanya beribu-ribu sebulan.
Setelah selesai menjalani hukuman buang daerah di Labuan, Abuya telah kembali ke Rawang dan menubuhkan Darul Ikhwan yang berpusat di bandar Country Home. Bagaimanapun pusat asal di Sg Penchala masih berfungsi sehingga sekarang sebagai pusat katering dan pelancongan.
Abuya juga memiliki bas dua tingkat yang didaftarkan di Thailand dan membolehkan beliau dan pemimpin atasan bergerak untuk mengembangkan pengaruh dan perniagaan mereka ke negara-negara jiran. Abuya juga mempunyai pengaruh yang kuat di serata dunia .Kedatangan Abuya amat dinantikan dimana juga beliau pergi. Abuya cukup lembut dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Kekuatan Al-Arqam memberi ancaman kepada Pas. Seperti juga dengan kumpulan Tabligh. Kedua-dua kumpulan ini amat tidak selari perjuangan mereka. Penulis buku Syed Hussain Al-Atas pernah menulis Abuya bakal Perdana Menteri Malaysia dan menghuraikan bukti-bukti kukuh tentang keupayaan Abuya untuk mentadbir negara. Cuma Abuya hanya perlu bertanding dalam PRU dan kekuatan Abuya mampu menenggelamkan Pas yang amat lemah ketika itu.
Tabligh pula dibenci oleh Pas kerana enggan bekerjasama dan menyokong idelogy mereka. Oleh itu masjid dan surau yang dikuasai Pas sanggup menghalau kumpulan tabligh dari surau yang disinggahi mereka.
Berkenaan dengan konsert Abuya yang dibuat Isnin lalu mungkin anaknya Fakhrur Razi ingin meniru cara keluarga Michael Jackson memperingati kematiannya. Sepatutnya Kumpulan Darul Ikhwan turut menjemput kumpulan Deep Purple yang baru sahaja selesai membuat persembahan di Genting Highland untuk memberi konsert tribute to Abuya.
Bersambung
Banyak lagi pendedahan akan dibuat.
blog yang menceritakan tentang Al-Arqam ;
Rufawa @Jemaah Aurad Muhammadiah
khairuummah dot com
Isu Yaqazah