Selasa, 25 Mei 2010

ANWAR APCO DAN LINGKARAN ZIONIS


Kaitan Anwar dan Soros bermula sejak pertengahan 1990-an lagi, ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan Malaysia. Hal ini telah dihuraikan secara terperinci dalam artikel 'Konspirasi Soros dan Al Gore'. Klik di sini

Menyedari Soros menyokong Anwar dari tahun 1997, hingga di penjarakan atas tuduhan salah laku seks dan homoseksual, timbul satu persoalan, apakah Soros tahu Anwar seorang homoseksual dan penyangak mata wang Yahudi itu juga pendokong homoseksual ?

Calvina Fay dari Drug Free America Foundation mengisytiharkan George Soros sebagai "individu yang paling jahat" di dunia. Sejumlah $7 bilion, hari harta kekayaannya telah disalurkan kepada kumpulan pejuang hak pengguguran bayi, hak gay (lelaki homoseksual), kempen penggunaan dadah secara sah di sisi undang-undang, hak mengundi untuk penjenayah, euthanasia (perbuatan mematikan seseorang yang menanggung azab penyakit yangg tidak dapat disembuhkan lagi), dan hak untuk imigran serta pelacur.

Soros telah mewujudkan sebuah empayarnya sendiri yang dinamakan 'kumpulan 527', dianggap sebagai kumpulan aktivis politik bebas yang mempunyai pengaruh di dalam Parti Demokratik.

'Kumpulan 527' ini termasuklah International Crisis Group (ICG), Center for American Progress, MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan sebagainya. Klik di sini

Satu bidang yang diminati untuk Soros adalah memperjuangkan 'hak-hak untuk pelacur-pelacur'. Ini merupakan sebahagian daripada usaha-usahanya untuk memusnahkan nilai-nilai Kristian tradisional dan menghakis sistem keluarga Amerika. Soros mahu mengesahkan aktiviti pelacuran dan kemudian menyediakan kondom-kondom secara bebas. Klik di sini


Pada awal 1990, Open Society Fund milik Soros telah membantu kewangan menyokong Kumpulan Gay Serbia (Gay Serbia Rights Movements) seperti Queeria, bertujuan untuk melemahkan sistem masyarkat di negara itu.Klik di sini


Bermakna, Soros sudah tahu Anwar mempunyai tabiat luar biasa., Sebab itu Soros berterusan membantunya kerana bersesuaian dengan perjuangan Yahudi keturunan Rothchild itu iaitu untuk menghancurkan sistem masyarakat dengan membela 'golongan yang dipinggir dari masyarakat' termasuk golongan homoseksual. Klik di sini

Soros di belakang pergerakan 'Human Right'

Ketika Anwar dijatuhi bersalah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 14 April 1999 dan dikenakan hukuman penjara enam tahun serta dikuti kesalahan kedua yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000 kerana melakukan perbuatan liwat ke atas bekas driber Wan Azizah, Azizah Abu Bakar (dihukum penjara sembilan tahun), badan-badan 'human rights' (hak asasi manusia) merupakan organisasi yang aktif membantunya.

Mary Robinson, seorang aktivis pro homoseksual, [Klik di sini] yang ketika itu merupakan Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) telah membiayai badan-badan 'human right' untuk berkempen membebaskan Anwar dari penjara. Antara NGO yang disalurkan bantuan kewangan tersebut adalah Amnesty International Malaysia (AIM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Hak Asasi Manusia (HAKAM), Forum-Asia, Caram-Asia, Centre for Independent Journalism (CIJ), Southeast Asian Press Alliance (SEAPA) Transperancy International Malaysia (TIM) dan lain-lain. Klik di sini dan di sini, di sini

Mary Robinson hanya nama di permukaan', tetapi siapa sebenarnya pemain di sebalik tabir penajaan 'human rights' itu ?

Menurut Discover The Networks, Soros melalui yayasannya 'Open Society Institute' (OSI) menaja lebih daripada 50 NGO dan badan-badan yang berkaitan dengan badan pemikir dan human right. Antaranya; Amnesty International, Human Rights First, Human Right Watch, Brooking Isntitutions, Free Press, Independet Media Center,Media Fund, dan International Crisis Group, Klik di sini

Selain itu OSI turut menaja badan-badan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti menyokong homoseksual, antaranya the Gay Straight Alliance Network, the International Gay and Lesbian Human Rights Commission, dan the National Gay and Lesbian Task Force. Klik di sini

Soros menubuhkan OSI pada tahun 1993 untuk mengembangkan demokrasi di Tengah dan Timur Eropah serta negara-negara bekas jajahan Soviet Union. OSI mengembangkan operasinya kepada Soros Foundation Networks kepada lebih daripada 60 buah negara. Operasi utamanya menumpukan kepada Human Rights dan Polisi Luar Negara.

Sebab itu tidak hairan, badan tajaan Soros, Human Rights Watch merupakan badan yang menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi kes liwatnya. Klik di sini

Siapakah networking Soros di belakang OSI ?.

Morton Halperin, Penasihat utama OSI adalah seorang Yahudi yang terlibat secara langsung dalam polisi luar Amerika Syarikat semasa zaman pentadbiran Johnson, Nixon dan Clinton. Beliau juga terlibat dalam CFR ( Council on Foreign Relations). Semasa Clinton, beliau menjadi Pengarah Polisi Perancangan Dasar Luar di Jabatan Negara (1998-2001), Pembantu Penasihat Khas kepada Presiden Clinton dan Pengarah Kanan kepada Majlis Keselamatan Negara (1994-1996), serta konsultan kepada Polisi Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat.

Semasa Johnson beliau menjadi pegawai di Jabatan Pertahanan yang berkhidmat secara langsung sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, Amerika Syarikat. (1966-1969). Semasa zamannya serangan dilakukan ke atas Vietnam. Apabila Nixon menjadi Presiden, kawan baiknya, Henry Kissinger(Yahudi dan gay) telah mengumumkan Halperin sebagai pegawai di Majlis Keselamatan Negara.Klik di sini

Aryeh Neier, berbangsa Yahudi yang dilantik sebagai Presiden OSI dan Soros Foundation Network pada tahun 1993. Selama 12 tahun, (1978 hingga 1990), menjadi Pengarah Eksekutif Human Rights Watch sebuah badan yang berpusat di New York yang juga ditaja oleh Soros. Salah satu cabang Human Rights Watch terdapat cabang khusus yang memperjuangkan Lesbian, homoseksual, Biseksual dan Transgender (LBBT). [klik di sini]

Bersama-sama Soros menjadi ahli pemegang Amanah kepada Central European University satu institusi yang ditaja Soros untuk membangunkan 'demokrasi' di Eropah Timur & Tengah serta Asia Tengah. Beliau juga bekas Pengarah ACLU (American Civil Liberties Union).

Princess Mabel of Orange-Nassau, merupakan "International Advocacy Director" kepada Soros di OSI cawangan London, bermula dari 2002-2008. Beliau merupakan pengasas kepada CFR Eropah yang dikenali sebagai European Council on Foreign Relations. Pada Julai 2008, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk satu badan yang dinamakan The Elders yang juga ditaja Soros.Klik di sini

Rosa Brooks merupakan Penasihat khas Soros di OSI. Menjadi konsultan badan-badan tajaan Soros terutamanya Human Rights Watch dan menjadi Ahli Lembaga Amnesty International USA. Klik di sini

Kenneth Anderson - Penasihat Khas kepada Soros' charitable foundation dan OSI. Beliau menjadi Penasihat Antrabangsa kepada The Human Rights Foundation (HRF) yang ditubuhkan oleh Thor Halvorssen. Klik di sini dan di sini. Dalam Forum Freedom anjuran HRF di Oslo baru-baru ini, Anwar juga turut serta sebagai penceramah. Klik di sini

Soros turut menaja yayasan-yayasan demokrasi Amerika Syarikat, terutamanya NED (National Endowment for Democracy), IMF (International Monetery Fund), Bank Dunia dan bersahabat baik dengan Zbigniew Brzezinsky dan Madeline Albraight. Zbigniew adalah sahabat Anwar dalam International Crisis Group, manakala Madeline Albright merupakan antara tokoh Zionis yang membantu Anwar sejak dari tahun 1998 hingga sekarang.

Soros juga merupakan salah satu penaja utama CFR, New York yang Anwar dilantik menjadi Diplomat Jemputan badan elit kepunyaan Zionis itu. Klik di sini

Soros juga menjadi salah satu penaja kepada MENA (Middle East & North Africa Initiative), satu badan untuk mengembangkan demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. MENA ini kemudiannya membentuk satu yayasan hantu yang dinamakan Foundation For The Future yang Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi dan Presiden yayasan tersebut.Klik di sini

Kaitan Human Rights dengan Anwar

Satu daripada ciri induk Human Rights adalah memperjuangkan kebebasan seksual termasuk empat kelompok iaitu Lesbian, Homoseksual, Biseksual dan transgender (LHBT).

Anwar sudah terpalit imej homoseksual. Pada tahun 1999, Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja didakwa meliwat Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi Wan Azizah), di dalam apartmen milik Sukma di Tivoli Villa di Bangsar, Jalan Medang Tanduk, Bangsar pada satu malam, jam 7.45, antara Januari hingga Mac 1993. Klik di sini Perbicaraan 15 bulan itu berakhir pada pada 8 Ogos 2000, apabila hakim Datuk Ariffin Jaka, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun. Hakim memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa selepas Anwar selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah. Adik angkat Anwar, Sukma yang menghadapi dua tuduhan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan tetapi Anwar dikecualikan hukuman sebat kerana melebihi had umur 49 tahun ke bawah.Klik di sini


Sebab itu tidak menghairankan ketika Anwar dipenjarakan tokoh-tokoh luar pro-gay, termasuk Al Gore, Soros dan Mary Robinson yang menjadi penyokong Anwar. Tokoh-tokoh ini menaja badan-badan hak asasi pro Gay termasuk SUARAM, HAKAM, AIM, CIJ dan lain-lain untuk menekan kerajaan Malaysia agar membebaskan Anwar.


Masih ingat lagi kes Elizabeth Wong, exco kerajaan Selangor yang dibongkar berbogel dan melakukan kegiatan seks rambang dengan pelbagai bangsa, termasuk Melayu bernama Hilmi Malik ? Elizaberth Wong merupakan nama yang muncul ketika zaman reformasi, ketika itu dia menjadi aktivis NGO SUARAM yang menyokong Anwar. SUARAM dikaitkan dengan Soros. Bekas-bekas Keadilan menamakan Elizabeth Wong adalah 'penghubung Anwar' kepada Soros. Begitu juga Tian Chua yang ketika itu menjadi penggerak kepada NGO HAKAM. Tian Chua juga menjadi penghubung kepada Soros. Sekarang Elizabeth Wong dan Tian Chua adalah aktivis utama PKR. Klik di sini



Meskipun Anwar dibebaskan pada 2 September 2004, tetapi ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bersetuju kegiatan homoseksual berlaku di antara Anwar, Sukma dan Azizan benar-benar berlaku di Tivoli Villa itu tetapi mahkamah tidak cukup bukti untuk mensabitkannya.


"... we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."



Ezam Mohd Nor, bekas inner circle Anwar berkata keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan 2004 membuktikan Anwar adalah seorang homoseksual. "Ketiga-tiga hakim memutuskan Anwar melakukan perbuatan homoseksual, tetapi dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Anwar sendiri tidak dapat menyangkal keputusan ini. Tiada keputusan mahkamah yang lebih tinggi dapat mengatasi keputusan ini", kata Ezam.

Lorraine Hahn, wartawan dari CNN turut membangkitkan perkara yang sama ketika mewawancara Anwar di Munich. Kata Lorraine Hahn, "Sekarang, walaupun keputusan hakim 2 - 1 terdapat beberapa orang yang masih mempersoalkan kebenarannya (perbuatan liwat) dan ini termasuk hakim sendiri - dan saya mahu memetik sebahagiannya yang saya baca...(memetik dari majalah FEER - kenyataannya adalah para hakim masih percaya terdapat bukti berlakunya aktiviti homoseks)". Klik di sini


Tun Dr Mahathir pernah menuduh Anwar seoarang homoseksual pada tahun 2005, ketika di program "Human Rights and Globalisation" anjuran SUHAKAM. Ekoran dakwaan Dr Mahathir itu, Anwar telah mengemukakan saman malu di mahkamah dengan tuntutan sebanyak RM100 juta, tetapi Anwar telah tewas, kerana beliau sendiri tidak berminat untuk meneruskan kes saman tersebut. Klik di sini dan di sini



Selepas Anwar dibebaskan apakah kerangka perjuangan Anwar ? Tidak boleh disangkal lagi, kerangka perjuangan Anwar pasca penjara Sungai Buloh berkisar berkenaan 'hak asasi manusia'(human rights) dan kebebasan(freedom) termasuk dalam kerangka besar yang dinamakan 'demokrasi'. Semua ini saling berkaitan yang berakhir dengan kebebasan orientasi seks termasuk mengamalkan homoseksual.Klik di sini


Tanpa disangka, Anwar sekali lagi dipatuk dua kali oleh ular yang sama. Pada tahun 2008, bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat oleh majikannya (Anwar). Apa respon awal Anwar ?. Anwar lari ke keduataan Turki, sebuah negara yang memberi perlindungan kepada kaum gay yang 'ditindas' di Timur Tengah.


Apa pula respon Soros kali ini ? Sekali lagi Human Right Watch menggesa dakwa liwat ke atas Anwar digugurkan kerana menurut badan tajaan Soros menghukum individu yang terlibat dengan perbuatan homoseksual, bertentangan dengan human rights. Klik di sini


Siri 'Menjejaki Anwar ke Amerika Syarikat' ditamatkan di sini, kerana selepas ini Anwar akan menetap di Amerika Syarikat. United Kingdom hanya transit sementara, selepas ini, beliau meneruskan perjalanan yang panjang di Amerika Syarikat. Beliau berada di sana selama dua tahun, bermula dari penghujung 2005-hingga pertengahan 2007. Apa yang Anwar lakukan di sana ? Di sini bermulalah episod baru yang bakal ditulis bertajuk 'Menjejaki Lingkaran Zionis -Anwar'