Pas Wilayah Persekutuan KL (WPKL) nampaknya berminat sangat pasal judi bola sepak apabila mendesak Menteri Di Jabatan PM, DS Jamil Khir Baharom supaya menyatakan bantahan terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn Bhd.
Bagus lah kalau atas alasan bersama mencegah amar mahruf nahi mungkar. Namun apabila Nik Aziz sendiri mengatakan judi dan minum arak dibenarkan memandangkan itu adalah hak orang bukan Islam, apa pula pandangan Pas? Berani ke Pas menentang nahi mungkar yang 'difatwakan' oleh Nik Aziz?
Kata Pas WPKL, mufti di negara ini perlu tampil membantah tindakan meluluskan lesen bola sepak dan tidak 'menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka'.
Tetapi semasa ulama menghebahkan ilmu mereka dan memberi pendapat mengenai tindakan Pas dan DAP yang menderhaka pada Sultan Perak, Pas gelarkan ulama dan mufti sebagai pelacur UMNO. Itu apa cerita.
Semasa ulama menyuruh orang Islam bersatu, Nik Aziz menentang- walaupun pada mulanya Haji Hadi bersetuju dengan musyawarah, pemimpin Pas lain macam beruk makan tahi lembu. Mabuk seribu bahasa- diam seribu bahasa.
Apabila Mufti Perak senada dengan Harun Din, Pas berdiam diri menyatakan sokongan supaya penggunaan nama Allah tidak dibenarkan oleh agama Kristian. Memandangkan UMNO yang memperjuangkan isu ini, Pas sebaliknya menyokong pendirian yang Allah untuk semua bersama Anwar Ibrahim dan DAP.
Buat apa Pas mahu mengharamkan judi kalau nama Alalh pun Pas tidak pedulikan! Ini soal akidah, kalau akidah Pas sudah jadi macam Al-Arqam, tak perlu cakap mengenai perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebaliknya bercakap pasal Abuya.
Kesimpulannya, pada hemah abe MIE, Pas di Malaysia tidak layak berjuang untuk membela Islam atau mendesak kerajaan BN melaksanakan Islam memandangkan mereka (Pas) sendiri menyokong Zaid Ibrahim, yang merupakan Bapa Judi dan Arak disokong habis-habisan semasa pilihan raya Hulu Selangor.
Agaknya jika lesen judi diberikan pada Zaid And Co, adakah Pas mengatakan itu tak apa atau harus pula? Macam kes projek babi mega yang terbersih di Selangor yang diusulkan oleh DAP, Pas sokong habis-habisan atas alasan tidak makan babi. Jadi kalau dibuka kedai judi pun kira bolehlah sebab kita tak main judi?
Sebelum hendak cakap pasal Islam, Pas perlu membuka seluar dahulu melihat sama ada mereka jantan atau betina. Tapi bagi abe MIE, Pas sebenarnya 'sejenis' jantan tapi bacul dengan Cina PKR dan DAP. Bila Elizaberth Wong bogel, Nik Aziz kata dia dianiayai ...tapi tidak beritahu Chua Soi Lek telah dianiayai- sebab dia dari MCA. Inikah yang diperjuangan Pas mengenai Haram, Halal, Harus?
Kalau Pas mahu menjadi pejuang, mula-mula Pas perlu keluar Pakatan atau Pas perlu menyingkir peliwat sebagai ketua mereka.
Sumber : abe MIE terjah