Isnin, 3 Mei 2010

MAT PUT TERINGIN NAK JADI SENATOR DAN SINDIR EZAM

Mat Put mencadangkan supaya ahli Umno keluar parti dan maki hamum Umno kemudian masuk semula serta akan dilantik sebagai Sanator.

Ini ekoran Ezam Muhammad Nor yang baru sahaja masuk Umno dan telah dilantik sebagai Senator. Kononnya ramai orang Umno kecewa kerana perlantikan tersebut.

TM rasakan bukan ahli Umno yang kecewa tetapi orang Pas yang kecewa. Kemungkinan Mat Put juga bakal meninggal partinya untuk mengejar jawatan Senator.

Berkaitan ugutan bunuh Nik Aziz pula, seorang remaja sudah pun ditahan di Seberang Prai.  Persoalannya adakah Remaja tersebut benar-benar ingin membunuh Nik Aziz atau setakat berseloroh sahaja.

Nik Aziz juga dahulu pernah berseloroh secara terlampau agar perogol-perogol merogol perempuan yang tidak bertudung dan menutup aurat.

Luahan Nik Aziz juga satu lawak yang serius dan kepada kaum wanita perlu mengambil tindakan apa yang dicakapkan oleh Nik Aziz. Nampaknya Nik Aziz menyokong perbuatan rogol.