Isnin, 3 Mei 2010

ULAMA MESTI MENTADBIR NEGARA- NIK AZIZ

Nik Aziz telah psiko orang-orang Pas dan juga cerdik pandai dengan ayat ini, Kata-kata Nik Aziz dipetik dari Utusan Malaysia, 6 November 1999;
“Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama.” –

PAS telah mengisytiharkan bahawa bumi atau negara ini mestilah diperintah oleh para Ulama. Sedangkan Allah telah berfirman secara jelas: Maksudnya: “Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh/bijak pandai” (yang layak untuk memerintah). (Ayat 105 surah al-Anbiya’)

Dalam ayat ini dan ayat-ayat lain tidak pernah ada satu ayat pun yang menyuruh ulama memerintah negara kerana peranan sebenar ulama adalah penasihat kepada Umarak(pemerintah). Untuk memahami secara jelas ayat al-Quran hendaklah difahami juga melalui hadis Rasulullah.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang berrmaksud: 




Ulama itu pemegang amanah rasul-rasul selama mana mereka tidak mencampuri urusan pemerintahan dan urusan keduniaan, tetapi sebaliknya jika mereka mencampuri urusan pemerintahan dan keduniaan, maka mereka itu telah mengkhianati para rasul. Oleh itu hendaklah kamu semua awasi mereka atau lari daripada mereka. (Hadith riwayat al-Baihaqi dan al-Uqaili daripada Anas ra. Hadith Hasan)

Jadi, inilah puncanya yang menyebabkan Kelantan yang di bawah tadbir Nik Aziz ini menjadi tidak maju kerana beliau tidak mempunyai kelayakan untuk memerintah, dan kerana tidak menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya dalam ayat inilah yang terjadi seperti yang dilaporkan oleh Shekh Kick ini.

Dipetik dari blog kickdefella