Utusan Malaysia Online - Berita Utama
20 doktor lepasan universiti tempatan lari ke Singapore untuk mengejar pendapatan yang tinggi. Mungkin mereka ini belajar dengan wang sendiri dan tidak mengharapkan PTPTN atau pun biasiswa kerajaan. Harap pihak yang bertanggungjawab dapat dedahkan nama-nama mereka.
Walaupun tindakan mereka tidak menyalahi undang-undang tetapi mereka tidak mempunyai jati diri. Untuk menamatkan pengajian di universiti tempatan yurannya memang lah murah jika dibandingkan dengan IPTS dalam dan luar negara.
Pelajar-pelajar kita yang melayu pula sibuk berdemontrasi mohon yuran diturunkan. sedangkan pengajian mereka adalah dalam bidang bukan kritikal.
Orang lain bersyukur kerana yuran rendah. Mereka ini pula berada dalam bidang-bidang yang kritikal. Naik lah 5% atau 10% kadar yuran ia telah murah berbanding belajar di Amerika atau Canada.