Sabtu, 8 Mei 2010

PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN-CAWANGAN NEGERI PERAK

IPOH 8 Mei - UMNO Perak hari ini melakarkan satu sejarah baru dalam tranformasi Umnonya. Bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, seluruh akar umbi Umno Cawangan di Perak telah berhimpun buat pertama kalinya dalam sejarah Umno negeri Perak dan sejarah kepada Umno Malaysia.

Perhimpunan kali ini mengambarkan semangat Umno yang telah lebih 60 tahun usianya tetap jitu dan padu, tidak pernah pudar dan lemah. Berkat doa dan iltizam tuan-tuan yang ada di sini dan diseluruh negara

Dalam majlis perasmian ini sebanyak 1666 cawangan Umno Perak dari 24 bahagian telah berhimpun dalam dewan tersebut. Setiap cawangan telah mewakilkan sekurang-kurangnya 4 orang tetapi yang hadir hari ini adalah diluar jangkaan. Lebih 8,000 ahli Umno telah memenuhi setiap sudut dalam dewan tersebut.

Majlis dimulakan dengan selawat dan salam oleh seluruh ahli yang hadir dan diikuti oleh nyanyian lagu Negeri Perak, lagu Umno dan lagu Umno Perak .

Ucapan Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Dr Zahid Hamidi, Naib Presiden  Umno Malaysia.

Taklimat Persidangan Tahunan 2010 Umno Cawangan-cawangan telah disampaikan oleh  YB Dato' Mohd Khusairi Abd Talib Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak.

Acara gilang gemilang diakhiri oleh amanat YAB Dato' Seri Dr Zamry Abd Kadir Menteri Besar Perak.

Majlis berakhir pada jam l.00 tengah hari dan tetamu dihidangkan dengan jamuan tengah hari. Bagaimanapun YB DS Dr Zahid Hamidi terpaksa meninggalkan majlis lebih awak kerana perlu berada di Pulau Pinang sebelum jam 3 petang untuk satu majlis Konvensyen Ekonomi Melayu yang akan dirasmikan majlis oleh Perdana Menteri sendiri. Zahid juga merupakan Ketua Perhubungan BN P.Pinang.