Sabtu, 8 Mei 2010

SIAPAKAH NORAWI HARON CALON BEBAS P212 SIBU?

Calon Bebas Norawi Haron yang akan bertanding dalam PRK P212 Sibu merupakan anak tempatan  yang pernah bertanding dalam PRU 1995. Dalam pertandingan tersebut beliau telah kehilangan wang pertaruhan.

Siapakah Norawi Haron? Beliau merupakan kaki bangkang dan boleh dilabelkan sebagai orang yang keras kepala di kalangan penduduk Sibu.

Zaman dahulu sekitar 80an bandar Sibu tidak seperti sekarang. Norawi Haron ini telah buka sebuah kedai makan bersebelahan tempat belajar dan tempat ujian kereta. Lokasi sekarang ialah bertentangan Dataran Sanyan iaitu Sebelah Jalan Tun Hj Openg dan berhampiran Bulatan Pulau. Dahulunya kawasan tersebut terdapat Hospital Lau King Howe dan bersebelahan Rumah Temuai.

Norawi juga merupakan bekas pekerja kem tentera ini telah mencari makan dengan membuka sebuah kedai makan tetapi akhirnya telah menjadi rumah kediamannya. Tanah tersebut adalah tanah milik kerajaan dan apabila diminta merobohkan rumah kedainya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan, mula lah Norawi ini melabelkan kerajaan zalim. Bunga-bunga kemarahan menyebabkan beliau bertanding dalam PRU tahun 1995.

TM yakin bahawa beliau merupakan ahli parti pembangkang di Sibu iaitu parti Permas. Apabila parti tersebut berkubur Norawi bagaikan jin yang tidak bertuan dan kemarahan beliau kepada kerajaan di tonjolkan dalam PRU 1995. Beliau bertanding dengan harapan ada pihak membelinya supaya tidak bertanding. Malangnya tiada siapa yang ingin melayan tujuannya kerana khalayak tahu beliau tiada kekuatan.

Kali ini Norawi sekali lagi mencuba nasib dengan harapan ada orang dapat menawarkan wang ringgit agar menarik diri. TM percaya bahawa tiada siapa pun yang akan melayan beliau. Pisang akan berbuah dua kali buat beliau.

TM yakin Norawi sekali lagi akan kehilangan wang depositnya untuk kali kedua.

Mengenai calon Dap yang merupakan Adun Bukit Assek,  rekod perkhidmatan beliau boleh dipertikaikan. Penduduk Bukit Assek dalam bahagian Sibu tidak terbela dan diabaikan.