Selasa, 18 Mei 2010

Punca Kekalahan BN di Sibu


Banyak sudah analisa yang telah dibuat oleh ahli politik dan juga penganalisa politik daripada universiti tempatan dan sebagainya. Bila BN menang tidak banyak yang akan diperkatakan, sama juga seperti PRK P94 Hulu Selangor. Pakatan Rakyat kalah teruk dan tak sampai beberapa jam Zaid Ibrahim telah menyalahkan SPR yang kononnya bersikap adil dan sebagainya. Ia berlainan pula setelah Dap menang mudah di Sibu hampir tidak ada komen-komen negatif yang dilontarkan oleh pihak pembangkang.

TM sudah menjangkakan bahawa Dap mempunyai peluang besar untuk menang berdasarkan beberapa isu tempatan dan isu nasional. Prk kali ini amat berlainan dengan Pru 12 yang mana BN menang selesa menewaskan dua calon pembangkang.

Faktor kemenangan BN dalam PRU 12 adalah kerana Sarawak terhindar daripada tsunami politik yang melanda Semenanjung. Tambahan pula Dap dan Pkr tidak sehaluan pada ketika itu dan Pkr bersama Dap bertanding menentang calon BN. Sudah tentulah BN dapat meraih undi dengan mudah.

Kali ini PRK berlaku selepas impak politik di semenanjung dan kesan dari tsunami 2008. Kekalahan Pkr di Hulu Selangor juga memberi sedikit undi simpati terhadap pembangkang. Kemengangan dan kejayaan Dap memerintah Selangor, Pulau Pinang dan Perak telah membuka mata pengundi Cina Sibu bahawa mereka mampu merampas pentadbiran politik jika bersatu dengan Dap. Hasrat sesetengah pengundi untuk melihat kewujudan negara 3 S kemungkinan boleh direalisasikan. ( 3S bermakna Sarawak, Sabah dan Singapore)

Dap melihat Sabah dan Sarawak berpotensi untuk membantu mencapai hasrat Dap menguasai Putrajaya. Dap dilihat begitu bijak dan berjaya memanipulasikan dua lagi komponen mereka iaitu Pas dan Pkr. Cuma Pas dan Melayu Pkr sahaja yang tidak sedar diri akan penipuan Dap.

Seterusnya ialah pengundi Sibu sengaja memberi laluan kepada Dap untuk merasa duduk dibangku dewan rakyat bagi tujuan melihat prestasi mereka bagi PRU 13 dan mereka mungkin berkata "why dont we try Dap this time".

Mungkin juga pengundi Sibu ingin memberi isyarat kepada Pehin Ketua Menteri supaya mengundurkan diri dalam PRU negeri akan datang. Taib Mahmud telah memegang tampuk pentadbiran sejak 1981 ini bermakna beliau adalah salah seorang Ketua Menteri yang lama di Malaysia. Walaupun banyak kejayaan yang telah dilaksanakan oleh beliau mungkin sudah tiba masanya beliau memberi laluan kepada muka baru untuk mentadbir Sarawak.

Taib Mahmud telah dilabelkan sebagai memonopoli kekayaan negeri bersama beberapa orang kroninya terutama Ting Pek King, dan ramai lagi saudagar-saudagar cina dari Sibu seperti Hock Peng , KTS dll, bapa calon BN sendiri yang menguasai WTK sebuah syarikat yang besar yang terlibat dengan pembinaan jalan, jambatan, perkayuan, perkapalan, pemaju perumahan dan amat terkenal di Sarawak.

CMS atau Cahaya Mata Sarawak merupakan syarikat milik keluarga Taib Mahmud yang mengurus dan menjaga kesemua jalan-jalan dari hujung Sematan hinggalah ke Lawas dan Limbang. Jalanraya Sibu Mukah adalah contoh jalanraya yang tidak diselenggara dengan baik oleh CMS. Keadaan bertambah buruk dengan jumpaan hasil bumi yang baru iaitu arang batu di kawasan Mukah. Kenderaan berat keluar masuk mengangkut arang batu dan ditambah lagi dengan wujudnya ladang-ladang kelapa sawit menjadikan CMS disumpah hari-hari oleh pengguna jalan tersebut.

Selain daripada isu diatas ialah masalah dan krisis kepimpinan SUPP Iitu sendiri menyebabkan pengundinya mungkin memboikot calon tersebut. Robert Lau Junior 45 tahun hanyalah seorang Penolong Bendahari SUPP Cabang Sibu dan baru 17 tahun bergiat dalam politik. Beliau adalah pilihan pucuk pimpinan SUPP Sibu. Anak hartawan WTK ini diangkat dan diletakkan oleh kepimpinan SUPP dan bukan pilihan majoriy akar umbi parti. Krisis rasis dalam SUPP juga agak serius kerana kebanyakan keputusan memihak kepada satu kaum sahaja dan kaum lain yang berada dalam parti ini diabaikan iaitu kaum Dayak.

Kemenangan Dap adalah kerana bantuan Pkr dan Pas semenanjung yang membawa isu nasional ke Sarawak. Anwar, Lim Kit Siang dan anak, Karpal Sigh dan anak , Nga Kor Meng dan sepupu, Hadi Awang dan kroni telah telah berjaya dalam misi mereka . kemenangan kali ini memberi satu kepuasan kepada mereka setelah berputih mata di Hulu Selangor.

Isu nasional yang dibawa oleh mereka iala 1 Malaysia yang dikaitkan dengan APCO, Lesen Judi Bola Sepak, Isu telaga minyak L dan M, Kegagalan Siime Darby, kegagalan dan kerugian Pos Malaysia, Projek eleltrik Bakun, Kematian Kugan, TBH dan Amunulrasyid juga menjadi modal pembangkang menyerang badan pentadbiran kerajaan iaitu Polis dan SPRM.

Kerajaan BN dianggap lemah dan tidak mampu lagi untuk mentadbir negara. Pemimpin semuanya korup dan merompak hasil negara untuk kaum keluarga. Bila isu ini dimainakan oleh pembangkang secara live dan terus menerus , sikit sebanyak pengundi akan terpedaya dengan mainan lidah mereka. Orang Sibu agak ketinggalan dalam isu politik nasional kerana mereka tidak banyak mendapat bahan dari Utusan Malaysia ataupun Berita Harian. Mereka hanya membaca Utusan Borneo keluaran Borneo Post yang berpusat di Sibu. Lain –lain info hanya melalui media elektronik.

Media baru seperti blog amat kecil impaknya. Sepanjang seminggu kempen PRK P212 pengunjung Sibu yang melawat blog-blog politik amat kecil bilangannya. Lagi pun jumlah pengguna internet masih rendah. Satu perkara lagi ialah orang Sibu tidak gemar bercakap soal politik yang penting bagi mereka ialah bagaimana untuk hidup senang dan gembira. Ada wang, ada kereta itu sudah cukup. Harta seperti rumah dan tanah tidak penting. Oleh sebab itu banyak tanah-tanah native land tergadai dan terjual kepada kaum Foochow. 

Bayangkan seorang ramaja Foochow yang datang sehelai sepinggang dan hanya berbekalkan sebotol kicap , sekampit beras dan beberapa biji buah kana datang dengan tongkang pada tahun 40an hari ini sudah bergelar jutawan. Anak cucu berjaya mendapat ijazah dari Canada dan Australia tetapi kaum bumiputra masih ditakuk lama tanpa anjakan paradigma. 
Salah siapa? Salah kerajaan? Kerajaan sudah menyediakan segala kemudahan Cuma yang merebutnya ialah kaum lain.

Isu kontraktor binaan kelas A sehingga kelas F , begitu juga dengan Kontraktor Bekalan dan Perkhidmatan kebanyakan nya ialah Ali Baba. Lesen milik bumiputra tetapi 100 peratus dijalankan oleh Foochow, tak percaya? Pasang spy dan siasat sendiiri.

Rumusan ringkas ialah kekalahan BN kali ini ialah kerana mereka ingin "Cuba Try Test" dan juga memprotes secara senyap. 
Penduduk Sibu satu ketika dahulu mahukan Umno bertapak di bumi Sarawak tetapi ditentang oleh BN negeri.