Selasa, 18 Mei 2010

SAYA TIDAK LAGI PEDULI DITUDUH RACIST!!!

Mulai detik dan saat ini, saya akan pekakkan telinga dan tidak lagi peduli dituduh racist, dilabel ultraMelayu dan berfikiran Melayu sempit dan kolot.


Kenapa mesti marah dan takut jika saya bercakap dan mempertahankan hak,maruah dan martabat bangsa Melayu di bumi Melayu tercinta ini!


Kenapa diam membisu dan tidak dilabel racist apabila bukan Melayu menuntut hak yang bukan-bukan.



Saya tidak lagi peduli. Jangan diganggu-gugat bangsa ini. Kerana Allah, demi mempertahankan maruah dan kedaulatan agama, bangsa dan tanahair tercinta, biarlah saya dituduh racist!





Racist saya racist bertempat. Racist berpaksikan kedaulatan perlembagaan dan asas-asas merdekanya sebuah negara Malaysia yang bebas dari penjajah.


Saya ahli UMNO. Orang Melayu/Islam yang mengucap syahadah yang satu, bersembahyang menghadap kibat yang satu. Menyembah Allah Yang Satu. Tidak dikongsi. UMNO satu-satunya parti keramat yang jasanya memperjuangkan agama bangsa dan tanahair, tidak dapat dinafikan.



Racistkah UMNO/BN jika orang terkaya di negara dan bumi tercinta ini dimonopoli oleh Cina!. Bercakap benarlah... racistkah UMNO/BN apabila kita lihat semua bandar-bandar besar dari Perlis hingga ke Sabah, malah di Sibu, gedung-gedung perniagaan dikuasai oleh Cina.



Saya tidak marah. Itu hasil kerja keras dan usaha gigih mereka.Tetapi jangan saya dilabel racist sekiranya saya berusaha menyedarkan bangsa Melayu tentang survival mereka di bumi nusantara Melayu ini.



Mampukah saya berdiam diri, apabila melihat ekonomi dikuasai oleh Cina dan lanskap politik tanahair semakin kalut. Orang Cina semakin menolak kerajaan BN yang banyak membantu mereka. Mereka mula menggigit tangan yang memberi.



Racistkah saya apabila melihat realiti orang Cina menolak kerajaan BN kerana mahu DAP, sebuah parti chauvanis Cina, menguasai politik tanahair, bumi Melayu tercinta ini. Pada mereka, DAP adalah suara dominan Cina bukan MCA, Gerakan atau SUPP.

Sudah tiba masanya saya tidak lagi pedulikan label rasict apabila sebahagian besar orang Cina menolak BN dalam PRU 12. Sekali lagi BN dihimpit sampai ke tepi dinding pada PRK di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan juga di Sibu.



Peduli apa pada tuduhan rasict! Saya cukup sedar dan insaf, hanya perjuangan BN yang UMNO menjadi terasnya, tanahair tercinta ini mampu mempertahan dan mengangkat martabat agama bangsa dan tanahair.


Ya. Memang benar saya rasist. Saya mahu pertahankan agama bangsa dan tanahair ini. . Saya rasist kerana tingkah laku orang Cina mempamerkan perangai dan sikap racist chauvinist tebal, pekat dan melampau..


Saya menjadi racist kerana yakin perjuangan UMNO di landasan yang betul, terutama bagi memperkasa ketuanan Melayu, membela agama Islam dan mempertahankan maruah tanahair.


Saya menjadi racist kerana mahu mempertahankan hak keistimewaan Melayu. Jangan sekali-kali disentuh.


Saya menjadi racist kerana mahu melihat keikhlasan perjanjian kongsi kuasa yang diikat semasa negara mencapai kemerdekaan dipertahankan, diterjemahkan dan diaplikasikan.Bukan hanya retorik kosong dan berpakat semasa pilihan raya.



Memang tidak salah saya menjadi racist sekiranya melihat orang Cina telah maju tetapi bangsa saya sendiri masih terus tertinggal dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan.



Terimalah hakikat. Untuk mengukur kedudukan orang Melayu dari segi penguasaan ekonomi amat mudah dan tidak memerlukan metodologi tertentu.



Jika dicabut semua bangunan milik Cina, rakyat boleh melihat bahawa tidak ada bangunan yang tinggal. Kuala Lumpur akan jadi padang jarak padang tekukur.


Begitu juga dengan Bursa Malaysia. Kalau digugurkan saham milik Cina maka tidak ada apa apa lagi yang tinggal, kecuali papan sahaja.





Tolong jangan lagi menuduh saya racist kerana masih ada pihak yang mempertikaikan hak keistimewaan Melayu. Hentikan tuduhan racist kerana orang Melayu sendiri tidak pernah menganggu kaum lain mengaut kekayaan.





Ingat dan sentiasa sedar, terdapat lima perkara yang tidak boleh diganggu-gugat oleh kaum lain iaitu Raja Melayu , agama Islam, bahasa Melayu , adat Melayu dan tanahair. Jangan sesiapa pertikaikannya. Kita telah tetapkan dalam perlembagaan termasuk Artikel 121. Jangan lupa sejarah. Jangan jadi biadap!



Saya tidak malu dituduh rasict kerana mempertahankan perlembagaan negara ini. Saya mahu pemimpin Melayu yang menduduki jawatan menteri mesti lebih berani menggunakan kuasa yang mereka miliki untuk memastikan orang Melayu tidak terpinggir di negara sendiri.


Jangan layan sama sekali pihak-pihak yang sengaja menidakkan agenda Melayu, sekaligus mahu merubah kontrak sosial.

SAYA TIDAK LAGI PEDULI DITUDUH RACIST!  


(KLIK) UNTUK MASUK KE BLOG ASAL