PUNCA KEKALAHAN BN DI SIBU
- Rasa tidak senang pengundi terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) adalah punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Sibu semalam, kata Presidennya, Tan Sri Dr George Chan.
- Menurut penganlisis politik kelahiran Sarawak Profesor James Chin, pengundi telah memberikan mesej jelas kepada kepimpinan negeri iaitu mereka mahu melihat perubahan drastik.Chin berkata faktor lain (punca kekalahan BN) ialah pengundi di kawasan bandar, kebanyakannya Cina, mula menjangkakan lebih banyak lagi daripada SUPP, yang mereka anggap sebagai sebuah parti yang tidak melakukan perubahan dan gagal memenuhi aspirasi pengundi muda.
- Ramai penduduk Sibu juga mendakwa bahawa mereka tidak berpuas hari dengan pemimpin politik setempat tertentu yang mereka rasa gagal menyelesaikan masalah mereka secara efektif dan tidak mampu menyelesaikan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama.
- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Selasa berkata taktik baru yang digunakan DAP bagi meraih sokongan pengundi menyebabkan BN kalah kerusi Parlimen Sibu.
- Perasaan tidak puas hati dan kecewa terhadap isu setempat yang tidak ditangani dengan berkesan oleh pemimpin serta sikap wakil rakyat yang jarang 'turun padang' menjadi faktor utama rakyat Sarawak menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu, kelmarin. Kata Prof Dr Shamsuddin Abdul Rahim
- Prof Dr Mohamed Mustapha Ishak pula berkata faktor peratusan pengundi yang rendah kurang dari 50 peratus terutama dari kawasan luar bandar menjejaskan peluang BN untuk menang.
- Penganalisis politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata serangan kempen berterusan dari DAP pusat dan rakan Pakatan Rakyat terhadap isu peribadi pemimpin negeri turut mempengaruhi pemikiran rakyat.
- Prof Dr Ahmad Atory Hussain menambah bahawa jentera parti pembangkang juga dilihat lebih berkesan, kelemahan BN kerana gagal gerakkan pengundi yang duduk di pedalaman, pengundi atas pagar atau mereka yang tidak ada parti. Perlu ada mekanisme untuk galakkan mereka datang mengundi walaupun proses mengundi bukan satu paksaan," katanya.
- dll