Selasa, 29 Jun 2010

Ini lah pejabat Umno Bahagian Taiping hangat diperkatakan dalam dua persidangan tahunan Umno Taiping sejak 2009 dan kali ini 2010.



Usul perwakilan dalam persidangan tahun lalu memohon supaya papan tanda pada pejabat lama diturunkan kerana ia mengelirukan orang ramai terutama kepada orang luar atau pelancong yang datang di Taiping. Sudah tentu mereka akan tertanya-tanya kenapa terdapat banyak sangat pejabat Umno. Ia juga memberikan satu persepsi negatif terhadap Umno Taiping.

TM telah merujuk kepada Setiausaha Umno Taiping mengenai isu ini. Kata beliau selepas persidangan tahunan pada tahun lepas, pihaknya telah mengutuskan surat kepada bekas Ketua Umno Bahagian Taiping yang juga bekas Adun Kamunting iaitu Yang Berbahagia Dato' Dr Abdul Malek Md Hanafiah agar menurunkan semua papan tanda tersebut seperti mana yang putuskan dalam persidangan tersebut.

Tambah beliau lagi tiada sebarang tindakan diambil sehingga berlangsungnya persidangan tahunan pada Ahad lalu. Sekali lagi beliau menyeru demi kebaikan Umno Taiping eloklah semua papan tanda yang ada di premis tersebut diturunkan.

Selain dari itu Ketua Bahagian juga menyeru kepada Ketua Wanita Umno Bahagian yang juga isteri kepada Bekas Ketua Bahagian supaya menggunakan bangunan yang baru untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti wanita bahagian. Tidak lah  elok, menjauhkan diri dari Pejabat Umno Bahagian.

Ini kerana peringkat bahagian dapat mengetahui apakah aktiviti-aktivi dan apakah bentuk bantuan yang dapat disalurkan oleh Bahagian kepada Wanita.

Orang ramai sudah mula melabelkan beliau sebagai angkuh dan tidak menghormati Adun yang baru ia itu YB Dato Muhammad Zahir dan juga Ketua Bahagian yang baru Dato Hj Ahmad Shalimin.