Khamis, 24 Jun 2010

KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR AKAN DILELONG JIKA BERADA DI DALAM SELANGOR

Al-marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan berat hati telah melepaskan sebahagian jajahan takluknya kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Mulai tarikh tersebut  Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan dan mempunyai keluasan 244 km persegi.

Paling menarik ialah sebahagian daripada rakyat Selangor telah bertukar status menjadi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bagaimanapun jati diri penduduk Melayu KL masih kuat berpegang kepada negeri Selangor dan ini dapat dilihat sewaktu pesta bola sepak Piala Malaysia, mereka tetap menyokong pasukan Selangor. Ini adalah sebahagian gelagat penduduk Kampung Baru.

Hari ini penduduk Kg Baru cukup bertuah kerana tidak berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat seperti Selangor, jika tidak sudah tentu penduduk kampung tersebut terpaksa angkat bungkus kerana kemungkinan besar tanah akan dirampas oleh DAP. Penduduk akan dihalau jauh ke Hulu Langat atau Hulu Selangor.Perkara seperti ini tidak mustahil boleh berlaku cuma orang Pas sahaja yang tidak akan percaya.

Di Taiping Perak sepanjang 11 bulan pememerintahan DAP, mereka telah berusaha untuk mengambil alih kem tentera sepanjang jalan dari lampu trafik masjid Kamunting sehingga Taman Bukit Mas. Ini kerana pemilikan tanah oleh tentera telah tamat beberapa tahun sebelum ini.

Usaha Dap tidak kesampaian kerana kecekapan pentadbiran Adun Kamunting YB Dato Muhammad Zahir (BN). Apa yang dilakukan oleh beliau tak perlulah diceritakan di sini.

Bagaimana pun Dap berjaya membangunkan projek kedai yang bersebelahan dengan SS Trader Hotel. Projek rancak dalam 11 bulan pentadbiran DAP, walaupun tanahnya terhad iaitu kurang satu rantai dari sungai dibelakang bangunan dan kurang satu rantai dari jalan utama.

Dato Malik pernah mempertikaikan projek tersebut kerana ia dibuat bertentangan/ berhadapan dengan kem tentera dan mengambil sebahagian resab sungai, tetapi kenapa beliau tidak menggunakan kuasa beliau yang ketika itu bertaraf exco untuk menghalang projek tersebut.

Beliau juga menyebut projek tersebut telah dibantah oleh MINDEF tetapi diteruskan juga. Adakah MB Perak ketika itu patut dipersalahkan, iaitu  YB DS Tajul Rosli dan YB DS Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun hari ini barisan kedai telah berdiri megah disitu, apa nak kata lagi.

Pendekatan yang diambil oleh Dap sangat mudah "BUAT DAHULU BARU LULUS".MPT mesti lulus punya. Tak mahu lulus "Lu boleh pindah , ini negeri Dap punya, Lu mau kerja lu sain, lu tak mau sain lu pindah"

DUN Kamunting adalah satu satunya kerusi milik Umno dan setiap PRU, Parti Pas akan mencuba nasib tetapi tidak pernah berjaya. Bagaimana pun Dap juga tetap mengidamkan kerusi DUN N 16 Kamunting.

Caranya mudah, dengan memperbanyakkan projek perumahan dan kekalkan kouta 70 peratus bukan bumi putera dan 30 peratus bumiputra Dap yakin akan dapat menguasai kerusi ini. Pas akan terus gigit jari,,,,

TM yakin bahawa Kg Baru akan lenyap jika KL masih berada di bawah DAP Selangor, apa lagi bila banyak tanah Kg Baru telah tergadai janji kepada bukan melayu.

Dap merupakan parti munafik yang menipu rakyat Malaysia kononnya mereka mementingkan keadilan, sama hak, sama rata, bukan perkauman. Munafik saperti dua lagi rakan mereka.