Rabu, 2 Jun 2010

ROMBAKAN KABINET NAJIB 2010

Nampaknya undian yang dibuat dalam blog ini tentang naik pangkat dan turun pangkat tidak tepat langsung. Undian itu bukan lah 100 % dari TM tetapi datang dari rakan-rakan.

Bagaimanpun TM ingin mengucapkan tahniah kepada MCA yang mempunyai ramai wakil dalam kabinet. Tahniah juga kepada Palanivel yang menjadi menteri, perlantikannya sudah dijangka awal setelah dilantik sebagai senator.



Kekecewaan ternyata kepada kem KJ, Samy Vellu, Kaveas dan Chua Soi Lek. Signal yang diberikan oleh Najib amat terang dan jelas. Sebagai orang dewasa , kena faham-faham sendiri lah..

Kepada kem MCA pula, Jangan terlalu seronok dan riak, Itu tanggungjawab yang diamanahkan oleh PM supaya mereka dapat menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada BN.

MCA hendaklah  memikul amanah yang diberikan dan jangan cuba menyalahgunakan kuasa yang diberi untuk kepentingan peribadi.

Salah satu sebab MCA gagal dalam PRU 12 adalah kerana faktor individu dalam parti yang terlalu mementingkan diri sendiri, cuba mengambil kesempatan untuk memonopoli peluang yang ada dalam projek. Kita tak marah jika mereka cari projek tetapi berpada-pada , jangan sampai menjadi cemohan dan modal Dap.

Dalam Mca dan Gerakan, bayang-bayang yang mengikut mereka ialah dari Dap, Umno punya bayangnya ialah Pas dan PKR.

Apa juga yang kita buat ada saja yang memerhatikan dan merekodkan perlakuan kita, semuanya disimpan dengan baik dan akan menjadi senjata utama apabila datangnya PRU.

Ambil contoh, Pak Lah bersalaman dan memegang bahu Micheal Yeoh (gadis James bond) gambar tersebut menjadi modal Pas dalam menghentam Umno, Kerja jahat seperti itu memang sudah menjadi budaya Pas , walaupun Pas mengaku sebuah parti Islam tetapi perilaku dan perbuatan mereka ternyata bukan mengikut prinsip Islam kerana mereka suka mencari aib orang.

Berbalik kepada Chua Soi Lek, KJ , Kaveas dan Samy Vello,

Samy Vellu kena terima nasihat Tun Mahathir, lepas lah jawatan dan serahkan tugas kepada DS G Palanivel. Tak perlu nak pertahan lagi kerusi tersebut, ia milik MIC , bukan milik peribadi Samy Vellu.

Kaveas yang cukup anti dan membenci Dato T. Murugiah juga patut berfikir untuk meletakkan jawatan.

Chua Soi Lek pula, apa rasa bila tak dilantik menjadi menteri? Marah dan kecewa? Mungkin yang marah kerana beliau tak dilantik hanya 20 peratus, tetapi diluar sana yang tidak menyokong beliau mungkin lebih lagi.
Agaknya dalam PRU 13 pun belum tentu namanya akan naik lagi.

Paling sedih ialah kem KJ, begitu tinggi harapan kem KJ agar boss mereka menjadi menteri, hinggakan latihan wataniah pun di lampu tinggikan sebagai kredit untuk menjadi menteri, ternyata kem KJ juga kecewa.

Akan tetapi sebagai ahli politik mereka kena terima hakikat. Mungkin tahun ini bukan rezeki mereka, mungkin tahun-tahun depan tiba pula giliran mereka. yang penting akal kena cerdik dan mudah diperlembukan.

Ini lah kehebatan DS Najib,  menteri yang bertindak bukan hanya bercakap. Kepada menteri-menteri yang tak perform awas lah.....bersiap sedia untuk digugurkan. Bravo Najib....TM menyokong penuh rombakan kabinet walau pun ada pihak yang memberi komen mengenai panambahan MCA dalam kabibet.