Hujan lebat dua petang berturut-turut sejak semalam telah menyebabkan berlaku banjir dibeberapa tempat di kawasan Kamunting dan lain-lain kawasan yang berhampiran.
Malam tadi TM sempat meninjau kawasan-kawasan banjir bersama wakil rakyat Kamunting di Kampung Bukit Jana, Taman Bistari dan Kampung Expo.
Taiping merupakan bandar yang paling lembab dan paling tinggi sukatan hujan tahunan. Taiping juga dikenali sebagai bandar hujan atau raintown.
Banjir yang berlaku di Kampung Bukit Jana adalah disebabkan pembinaan sebuah kawasan perumahan di sebuah bukit berhampiran dengan Bukit Jana.
Sebagai syarat untuk membolehkan perumahan dibina , MPT telah mewajibkan pemaju membina kolam takungan untuk memerangkap air yang turun dari bukit akibat dari pembinaan perumahan tersebut.
Bagaimanpun kolam yang dibina tidak begitu sempurna dari segi kedalamannya dan tidak disediakan saluran limpahan jika air takungan meningkat.
Akibat dari jumlah air yang banyak dan menyebabkan limpahan air dan menenggelamkan sebahagian rumah-rumah di kampung tersebut.
Pegawai MPT yang turut sama meninjau kejadian tersebut berjanji akan menemui pemaju esok untuk membaik pulih kolam takungan tersebut.
Banjir kilat juga berlaku di Taman Bistari yang berada di belakan Medan Kamunting. Punca banjir kilat adalah kerana sistem perparitan yang sudah tidak mampu menerima jumlah hujan yang banyak.
Pihak pemaju perumahan hanya membina satu saluran culvert untuk menghubungkan longkang dari Medan Kamunting ke Taman Kamunting Jaya.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat ialah dengan membina culvert berkembar, sudah tentu aliran air untuk masuk ke longkang monsun akan menjadi lebih baik dan pantas. YB Dato Zahir berharap pihak MPT akan membesarkan saluran air tersebut.
Tinjauan seterusnya ialah di Kampung Expo, puncanya ialah projek rel berkembar, oleh kerana pembinaan belum siap menyebabkan aliran air ke sungai berhampiran terganggu, Sistem perparitan juga salah satu penyebab berlaku banjir kilat.
Kawasan tersebut dahulunya ialah kawasan berpaya dan amat rendah.. Setengah pemilik rumah telah menambak tapak rumah mereka lebih tinggi dari jalan, bagaimana rumah-rumah lama dibina sama paras dengan tanah yang sedia ada dan mereka ini lah yang menjadi mangsa banjir kilat setiap kali hujan lebat
Di kampung Expo juga telah dibangunkan sebuah taman perumahan yang baru, dan sebagai syarat pemaju dikehendaki menyediakan sebuah kolam takungan banjir di Jalan Expo 7.
Bagaimana pun banjir kilat tetap berlaku . Ini kerana tanah kawasan tersebut bentuknya seperti kawah. dan kolam takongan masih gagal mengawal limpahan air.
YB Zahir juga mencadangkan agar langkah keselamatan dibuat di sekeliling kolam tersebut untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku dan kolam tersebut perlu dipantau oleh pemaju untuk melihat keberkesanannya. Tak guna jika kolam dibuat ala kadar sebagai memenuhi syarat sahaja.
Rumusan yang dapat TM buat ialah kurangnya pemantauan oleh MPT dan mungkin juga kurang kecekapan dari pihak yang bertanggung jawab dalam MPT sewaktu membuat perancangan.
Selesai membuat tinjauan jam menunjukkan hampir 12 malam. Hujan kembali reda.