UMNO bangkit di Taiping. Siri 1.
31 May 2010 One Comment
Mat Saman Kati baru-baru ini datang Taiping. Aku tak tahu dia buat apa di Taiping. Apa yang aku tahu kereta dia rosak di Aulong dan dia “tak rosak” di kedai Alice Hair Consultancy di Aulong juga.
Apa yang ada dalam artikel ini adalah pandangan zahir aku. MSK ada tawarkan aku data dan analisa pengundi Taiping. Tapi aku belum lagi berhajat untuk memberi pandangan berdasarkan data dan analisa. Biarlah pandangan mata zahir sahaja dahulu.
Kata orang pandangan dengan mata zahir selalunya tersasar. Macamlah kalau pergi ceramah Pas. Berpuluh ribu penghujung yang datang, berpuluh dan kadang kala mencapai beratus gerai pasang siap. Kalau tak ada Beehon Sup Utara memang tak sah! Kalau tak ada Kacang Rebus macam tak sempurna ceramah. Macam rukun ceramah pula mesti ada Beehon Sup Utara dan Kacang Rebus.
Tetapi puluhan ribu yang datang ini tak mewakili jumlah sebenar penyokong Pas, jauh sekali mewakili penyokong yang akan memangkah Pas atau PR semasa pilihanraya. Apa yang pasti selepas ceramah ialah bersepah kulit kacang rebus dan suratkhabar lama yang sebelumnya jadi pelapik punggung. Satu metaliti lapuk penghujung ceramah PR yang perlu diubah.
Seperti Zentrum Future Studies atau Merdeka Review, mereka ini tak pakailah pandangan mata zahir. Semuanya berpaksikan data sama ada perimer atau skunder. Tak kiralah data skunder itu diperolehi secara berhemah ataupun pakai tembak dan temberang saja. Data perimer pula ada yang korespondennya meluas dan ada yang terpencil.
Siapa kata pandangan zahir tak berasas? (Kebetulan pula pandangan ini berkaitan dengan Adun Kamunting iaitu Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid). Kalau yang belajar Sumber Manusia atau Motivasi, mesti Teori Maslow’s Need menjadi kitab rujukan mereka. Malah Maslow (Abraham Harold Maslow 1908 – 1970) ini seperti nabi kepada pengamal-pengamal Sumber Manusia dan Motivasi ini.
Sedangkan Teori Maslow’s Need ini banyak bergantung kepada pemerhatian. Berbeza dengan Teori Dua-Faktor atau Teori Higen-Motivasi yang diperkenalkan dari hasil pengumpulan data oleh Frederick Irving Herzberg ( 1923 – 2000), seorang psychologist Amerika yang telah membuat kaji selidik dari 203 orang warga Amerika yang bekerja sebagai jurutera dan akauntan di Pittsburgh, Pennsylvania.
Tetapi berapa ramai pengamal Sumber Manusia dan Motivasi yang kenal dengan Herzberg ataupun Teori Dua-Faktor ini? Semuanya asyik dengan Maslow saja!
(Bergantung kepada kesesuaian dan masa, aku akan menulis lagi hubungkait dua teori ini dengan politik semasa)
Pandangan aku mudah. Mungkin disebabkan aku tak pernah pakai t-shirt Pas atau t-shirt Umno. Malah jarang orang nampak aku baik bersila atas tanah depan pentas Pas atau PR yang lain ataupun bersilang kaki atas kerusi dalam ceramah Umno, aku diterima oleh mana-mana pengikut atau fanatik parti ini.
Pandangan aku mudah dan berasas. Aku kata berasas sebab datanya di-input sendiri oleh penyokong atau ahli kedua-dua parti. Malah outputnya boleh aku inputkan semula ke mana-mana parti sebagai umpan untuk aku mendapatkan output yang lebih besar. Biasalah umpan anak ikan jugalah menjadi makanan ikan yang besar.
PRU 12 di Adun Kamunting tahun 2008 dahulu menyaksikan perbezaan undi hanyalah sekitar 500 undi. Adakah faktor kekuatan Pas atau PKR membolehkan majoriti yang dikurangkan begitu banyak jika dibandingkan dengan PRU 11? Adakah calon Pas Muhamad Apardi Sharri, seorang yang dikenali dan tokoh masyarakat Kamunting?
Sebenarnya semua faktor di atas bukanlah penyumbang kepada perbezaan majoriti yang tipis itu. Jawapannya mudah sahaja (jika boleh dikatakan mudah!), pengundi ketika itu lebih keterbukaan terutama pengundi muda dan ada yang sudah jelak dengan faktor-faktor negatif latar belakang penyandang Adun sebelumnya.
Pengundi berumur pula terutama kaum wanita masih berakar tunjang kepercayaan mereka terhadap Umno, dahulu, sekarang dan selama-lamanya.
Itu adalah senario sebelum dan semasa PRU 11 di mana ketika itu barisan Pemuda Pas begitu dan masih bersemangat menconteng cat hijau pada kain puteh untuk dibuat sepanduk. Bukan sahaja semata-mata sepanduk ucapan semasa politik tetapi menjelang sebarang perayaan sudah pasti ada sepanduk tertera berlambangan bulan hijau ini.
Tetapi kenapa Pemuda Pas Taiping dan sayap-sayap parti PR yang lain sekarang ini menyepi?
Persimpangan lampu isyarat sudah tidak kelihatan lagi sepanduk-sepanduk sebegini.
Berbeza dengan plan strategik Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid selepas PRU 12. Aku tidak pasti sama ada ianya plan strategik beliau sendiri yang pernah berkhidmat di bahagian Sumber Manusia Universiti Teknologi Petronas ataupun ada master mind di belakangnya.
Setiap kali musim perayaan, musim cuti sekolah dan apa-apa musim sewaktunya, akan adalah sepanduk mengucapkan dan mengalu-alukan yang terpampang wajah ceria Datuk Zahir ini. Kadang-kala hari perayaan masih berminggu jauhnya tetapi sepanduk sudah mula terentang di persimpangan-persimpangan lampu isyarat yang menjadi tumpuan.
Walaupun di Taiping beliau hanyalah Ketua Pemuda Umno tetapi statusnya sebagai Adun Kamunting dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Zahir yang baru dikurniakan darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) semperna Keputeraan DYMM Sultan Perak baru-baru ini lebih menonjol jika dibandingkan dengan Ketua Bahagian Umno Taiping sendiri iaitu Datuk Hj Ahmad Shalimin.
Berbekalkan senario trend pengundi semasa PRU 12, Datuk Zahir telah bangkit dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang “mendekatkan pengundi dan bakal pengundi muda” seperti sumbangan sejumlah wang (RM1,000, RM 750 dan RM 500) kepada anak-anak Taiping yang melanjutkan pelajaran ke IPTA di peringkat ijazah, diploma dan sijil, sumbangan kepada beberapa kelab/persatuan seperti Taiping Bikerz, Taiping Offroad Club TORC dan Taiping Kancil Club 2TK, Program Penghimpunan KAMI iaitu perhimpunan Mahasiswa-siswi Islam Perak di Bukit Jana Golf Resort Taiping dan beberapa program/aktiviti lain meliputi pelbagai peringkat umur.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kalaulah diadakan PRK di Adun Kamunting sekarang ini, perbezaan majoriti sekitar 500 ini dengan mudah berganda menjadi 5000.
Apa sudah jadi dengan Pemuda Pas Taiping dan sayap-sayap parti PR yang lain?
Faktor kewangan mungkin memudahkan laluan program dan aktiviti Datuk Zahir ini tetapi kenapa “dasar asas keujudan” juga dilupakan. Dengan menyepikan diri tanpa kelihatan lagi dengan sepanduk-sepanduk dan juga program-program semasa, Pemuda Pas dan sayap-sayap parti PR yang lain seolah-olah sudah menyerah kalah.
Walaupun begitu Pemuda Pas Taiping sebenarnya masih aktif dan bersemangat dengan menganjurkan beberapa aktiviti dan program dengan masyarakat Taiping dengan berlabelkan NGO, tetapi kehadiran mereka sebagai parti politik akan mula dilupakan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan akan tengelam terus.
Wan Larut Wan Muda

saya terjumpa blog ini pagi niii…..apa tulisan ini cuba mengapi-apikan supaya wujud pergeseran antara ketua bahagian Umno dan Adun Kamunting?
Dato Zahir dgn tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Exco dan Adun, Dato Shalimin pun ada tugas dia yang besar juga. Malah tanggung jawab Dato Shalimin tidak terbatas utk Umno sahaja malah beliau juga Pengerusi BN Taiping. Semua komponen parti BN berada dibawah tanggung jawab beliau. Untuk merampas semula kerusi Parlimen Taiping bukanlah satu kerja yang mudah.
Jika PRU 13 berlaku dan Dato Zahir kekal sebagai Adun, rasanya Dato Shalimin juga akan diangkat sebagai Senantor dan mungkin bertaraf menteri.
Hari ini kerusi senator Taiping di sandang oleh MCA sejak berkurun lamanya.
Andaikata Dato Shalimin dipilih sebagai Adun Kamunting, mungkin Dato Zahir akan bertanding di bahagian lain sebagai MP atau pun Shalimin. Dua tokoh politik muda ini hari ini menjadi fokus di peringkat nasional.