Sabtu, 10 Julai 2010

CKGU BARD WAJAR DI TAHAN BAWAH ISA.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) ditahan polis mengikut Akta Hasutan di Seremban malam tadi bagi membantu siasatan berhubung beberapa artikel didakwa berunsur hasutan melalui laman blognya, www.chegubard.blogspot.com.


Penahanan itu dilakukan ketika beliau bermesyuarat di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Rahang, jam 9 malam.

Penahanan Badrul atau lebih dikenali sebagai ‘Cikgu Bard’ di kalangan penyokong PKR dipercayai mempunyai kaitan dengan artikel menghina Yang di-Pertuan Agong dan institusi Raja di Malaysia dalam laman blognya, semalam,” katanya.

Badrul Hisham dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangannya diambil.