YB Zulkifli Nordin ( MP Kulim) mengakui bahawa tugas mereka ialah untuk melemahkan semua jentera kerajaan supaya rakyat hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan BN yang memerintah.
Pendedahan dan telahan bloggers pro BN selama ini adalah tepat dan benar dengan pangakuan YB Zul.
Mereka menyerang badan pencegah rasuah (SPRM), Polis , tentera, Kementerian Pelajaran dengan agenda anti-PPSMI, Suruhanjaya Pilihan Raya, Istana Kehakiman, Institusi Raja, Felda dan yang bakal menyusur ialah Felcra.
Apabila habis modal, apa yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat pun dibawa keluar untuk dijadikan isu politik, paling ketara ialah isu lesen judi bola. Sekali lagi Pas berkokok sorang diri tanpa bantuan Dap menentang isu judi sedangkan yang buat duit ialah tauke-tauke judi dari Pkr dan Dap.
Kerajaan BN bolehlah diibaratakan sepohon pokok yang perlu dimusnahkan secara halus. Caranya dengan membubuh racun di perdu pokok, mencatas ranting dan daun, membakar di bawah pokok agar pokok mati meragan. Ini lah sifat pembangkang, lebih-lebih lagi Pas yang menggunakan agama untuk menghalalkan agenda mereka.