Khamis, 8 Julai 2010

LESEN JUDI BOLA ADALAH KEPUTUSAN DEWAN RAKYAT

Pihak pembangkang sehingga hari ini gemar mengsensasikan isu judi bola Fifa 2010. Nampak lah tembelang Pas yang cukup berminat dengan Judi haram yang membela tauke judi dari sekutu mereka Dap.

Sebab itulah Pas cukup rajin bercakap soal judi bola.  Awang Adek dalam parlimen telah menyuarakan pandangannya terhadap lesen judi dengan hujah dan alasan yang cukup munasabah. Bagaimana pun ramai yang membantah. Dalam Umno juga, pucuk kepimpinan negeri telah menolak melesenkan judi bola.  Kabinet telah mendengar pandangan semua pihak dan mengambil keputusan untuk tidak meluluskannya.

Kepada pihak pembangkang , mereka tetap tidak berpuas hati walaupun Dewan Rakyat telah menolak lesen judi ini dan pembangkang meneruskan retorik politik mereka dengan membuat bantahan di masjid -masjid dan kemuncaknya ialah 3 Julai 2010.

Pas telah berjaya mengumpulkan 100 ribu penyokong untuk berdemontrasi di Masjid Negara bagi membantah pemberian lesen judi.

Inilah kerja paling bodoh oleh Pas. Mereka berdemontrasi membantah judi bola , sedangkan kabinet dan dewan rakyat tidak meluluskannya. Pembangkang bercakap seolah-olah mereka tidak mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat.

Agaknya sewaktu ahli dewan bercakap mengenai lesen judi ini , semua wakil rakyat mereka duduk peluk bini muda dalam hotel agaknya, bagi tahu bini nak bersidang di parlimen tetapi duduk bersedap-sedap dengan gundek baru.

Hari ini pihak Pas terutamanya masih tak puas hati dengan isu ini, rata-rata masih mahu menyalahkan Najib dengan menyatakan NAJIB TELAH MENARIK BALIK LESEN JUDI BOLA, DAN INI BERMAKNA LESEN JUDI TELAH DIKELUARKAN.  Jika ini berlaku sudah tentu pihak yang mendapat lesen sudah pun mengaut keuntungan dan cukai, tetapi sampai hari ini pun Pas gagal membuktikan lesen telah lulus.Jika tidak dalam Harakah akan ada salinan tiket judi bola.


Kebanyakan media baru Pas menulis Najib tarik balik lesen judi, tetapi gagal membuktikan dari mana sumber yang menyatakan Najib menarik balik lesen.  Pas sepakat memainkan isu baru iaitu Najib tarik balik lesen judi.

Sampai bila Pas yang mempunyai lidah bercabang seperti biawak akan berhenti memainkan isu lesen judi ini?