TAIPING 6 Julai 2010- Allianze College of Medical Sciencess (ACMS) hari ini mengumumkan Hospital Taiping sebagai hospital bagi program perubatan usahasama ACMS dengan National University of Ireland-National University of Galway (NUIG) dan University College Cork (UCC). Upacara perasmian ini turut disaksikan oleh Duta Besar Ireland ke Malaysia. H. E. Mr Eugene Hutchinson. Pemilihan Hospital Taiping adalah berdasarkan beberapa "due diligene" yang telah dijalankan oleh pihak NUIG dimana Hospital Taiping didapati bersesuaian sebagai tempat latihan klinikal berdasarkan kurikulum mereka.
Menandatangani plaque
Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, dan menyaksikan majlis menandatangan plaque antara ACMS dan Hospital Taiping. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Dato Muhammad Zahir Dato Khalid Exco Pengajian Tinggi Kerajaan Perak, Ketua Bahagian Umno Taiping Yang Berbahagian Dato Hj Ahmad Shalimin Shafie dan Pengarah Hospital Taiping. Majlis berlangsung di Hotel Flemington petang tadi.
Pengarah Hospital Taiping Dr Yassim
Menurut CEO ACMS Ybhg. Dato Dr Zainuddin Md Wazir, acara ini amat penting bukan sahaja bagi ACMS tetapi bagi negeri Perak, di mana Hospital Taiping telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari sebuah kolej perubatan universiti terkemuka dari Ireland dan meletakkan negeri Perak sebagai destinasi perubatan di peringkat di peringkat antarabangsa di peta dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian di ACMS boleh lah melawat ke laman web www.acms.edu.my.