Selasa, 6 Julai 2010

MB TAK TAU


Jangan lupa ketika PAS mula memerintah Kedah selepas menang dalam PRU ke-12, perkara yang sama MB Azizan lakukan untuk menawan hati pengundi Cina. Yang peliknya mengapa tidak ada bantahan dari rakyat terutamaya Pemuda PAS!

Semasa PAS menang di Kedah, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.

Menurut MB Azizan Abdul Razak, jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain merasakan bahawa perjudian dan minum arak adalah sebahagian dari cara hidup mereka, maka kerajaan Pas tidak akan mengharamkannya dijual secara terbuka. Menteri Besar Azizan Razak dipetik sebagai berkata, “ Kerajaan Pas Kedah akan terus memberikan lesen untuk penjualan arak dan pusat perjudian selagi mana yang diperlukan di Kedah “.

Mengenai isu penjualan daging babi secara tertutup yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelumnya, MB Azizan berkata mereka akan membenarkan perjualan daging babi secara terbuka bagi memudahkan kaum bukan Melayu membelinya.

Dilihat PAS cuba menghalalkan apa yang haram! PAS buat tak apa, BN buat tak boleh?
Macamana nih!!!!