Ahad, 11 Julai 2010

MAZLAN ALIMAN HERO PAS DARI FELDA SIRI 5

Mazlan Aliman

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Mazlan Aliman merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Beliau juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau kalah di DUN Bera, Pahang.
Pada 10 Mac 2010, Mazlan Aliman ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.Ia ada kaitan dengan ceramah politik di Felda Klau, Raub, Pahang.[1] Beliau dibebaskan setelah ditahan selama 2 hari. Dia ditahan mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali. Mahkamah Majistret Raub membebaskan beliau dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin .
Mazlan Aliman melantik peguamnya, Mohd Harris Abdullah untuk menyaman pihak pengurusan Felda Lembah Klau dan polis kerana memalukannya. Dialog hendak diadakan di sebuah rumah peneroka tetapi dihalang kerana tiada permit ceramah. Felda dikatakan telah mengeluarkan surat pekeliling melarang mengadakan dialog dan sebagainya.[2]