Taipingmali
sosio-ekonomi-politik
Ahad, 11 Julai 2010
MAZLAN ALIMAN HERO PAS DARI FELDA SIRI 4
Kenali Pengacau Pahang : Mazlan Aliman
Mazlan Aliman dilahirkan pada 17 Julai 1966 di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai dan melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Kota Baharu Kelantan. Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di OUM dan Universiti Terbuka Malaysia.
Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timb. Pengerusi Hal Ehwal Pertanian PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.
Penglibatan beliau dalam NGO :
Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Ahli Persatuan Cina Muslim Kebangsaan (Macma)
(Kata Waris Pahang :
1. Gambar di atas adalah Mazlan Aliman Presiden ANAK yang mulanya buat kacau di Pahang tetapi kini gerakannya sudah buat buat kacau seluruh negara.
2. Beliau bukan anak pahang jati tetapi ada hati mahu jadi YB di negeri Pahang. Mungkin dia anggap orang Pahang bodoh sangat sehingga boleh ditipu dan dikelentong hidup-hidup. Pada PRU ke 12 beliau bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bera.
3. Barangkali Presiden ANAK ini tidak nampak jalan untuk jadi YB di negeri sendiri maka melompatlah dia ke negeri Pahang.
4. Suatu ketika dulu, akibat Mazlan Aliman (diri sendiri) punya angkara, maka beliau mendapat "hadiah istimewa" bermalam di lokap polis IPD Raub. Kini akhbar suara keadilan pula disiasat kerana memaparkan berita fitnah "Felda Bangkrap".
5. Kini peneroka Felda dan Gen 2 di Negeri Pahang bangkit membantah tindakan pengacau Pahang ini. Terima Kasih di atas keberanian tuan/puan mengadakan demontrasi membantah tindakan pengacau Felda dan Pahang. Jangan kita mudah tertipu dengan janji manis pengacau ini).
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama