Selasa, 27 Julai 2010

PAKATAN RUYUB BELANJA BESAR UNTUK PRU 13

Husam Musa mahu mengumpul dana sebanyak RM 20 juta untuk perang siber bagi menawan Puterajaya, ini satu jumlah yang besar berbanding dengan RM4 juta yang diperuntukan kepada Kickdefella untuk memburukkan Tun Abdullah Badawi dan Umno dahulu. Pas begitu yakin untuk merampas kerusi MP Putrajaya sekurang-kurangnya jika tidak dapat menawan West Wing dan East Wing (Pejabat Perdana Menteri).

Khalid Ibrahim pula mahu mengumpul dana RM15 juta untuk melawan bloggers BN yang semakin gagah meranapkan kerajaan Pasir Berdengung.

Khalid mahu melawan perang informasi  dan serangan Umno terhadap kepincangan kerajaan PR. Banyak telah dilondehkan oleh Umno dan bloggers pro BN seperti GAP, Darul Ehsan, RBF, Sahabat Gunung, Kerisputra dan lain-lain ikon PKR sebelum ini seperti Hamidzun Khairuddin, Awanddin, Zahid Mat Arip, Anuar Shaari, Lokman Adam, Ezam dan ramai lagi.

Anwar juga telah memperuntukkan RM20 juta untuk menawan Sarawak dan berjaya menubuhkan tabung atas nama Rosli Dobby untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Taib Mahmud. Hasilnya Anwar berjaya menawan Sibu melalui PRK 16 Mei lalu

Tian Chua dan Elizabeth telah dipergunakan oleh Anwar untuk mengumpul dana dari hartawan-hartawan Cina untuk memenuhi cita-citanya. Hebat sungguh Pakatan Ruyub yang sanggup berbelanja besar untuk menghalang serangan Umno dan bloggers Pro-BN.

Kami bloggers jalanan ini berjuang menentang kedurjanaan Pakatan Ruyub dengan wang sendiri, tiada siapa yang membantu kami, demi agama, bangsa dan negara kami bloggers Pro-BN akan terus membongkar segala kemungkaran dan penipuan Pas, Dap dan Pkr.

PR akan terus menipu rakyat dengan label kerajaan prihatin dan kerajaan berkebajikan tetapi hakikat sebenar mereka mengabaikan petani, nelayan dan orang miskin. PAS akan masuk kampung untuk membuat ceramah dan mengumpul derma jihad hanya untuk kesenangan pemimpin mereka sahaja.

Mereka hadir beranak pinak dan bertikar mengkuang untuk mendengar ceramah politik mereka sambil merayu derma jihad.

Tian Chua dan Elizabeth lebih class dengan menggunakan  ballroom di hotel-hotel mewah dan menjamu selera kaum Cina dan untuk mengumpul dana. Jelas menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengkastakan pengikut mereka. Melayu hanya bersila ditanah lapang tetapi kaum Cina enak menikmati jamuan di hotel-hotel dan restoran mewah.

Cikgu Bard dari Rembau juga sibuk mengumpul dana untuk kempen politik diri sendiri untuk menjadi Ketua AMK yang di sandang oleh Shamsul Iskandar.

Tidak hairanlah hari ini Kerajaan Pasir Berdegung giat melombong pasir sehingga melebihi kedalaman yang dibenarkan. ( 15m bawah paras laut)