Tan Sri P.Ramlee dalam filem Laksamana DoReMe ternyata menjadi kenyataan bila benar-benar wujud dua buah negeri yang diilhamkan oleh beliau itu negeri Pasir Dua Butir dan negeri Pasir Berdengung.
P.Ramlee juga gemar menggunakan bekas-bekas lombong bijih timah sebagai lokasi penggambaran filem-filem arahan beliau.
Perak selama sebelas bulan kerajaan Pasir Dua Butir telah bermesyuarat bawah pokok dan Selangor berdengung dengan isu kecurian pasir.
Pasir di Selangor memang sudah berkurangan, dan harganya menjadi lebih mahal, segenggam pasir pun sudah cukup tinggi nilainya. Itu lah yang di suarakan oleh salah seorang Dato yang pernah menjadi S/U kepada beberapa orang MB Selangor tahun lalu.
Tambah beliau lagi kerajaan PR hari ini telah berusaha untuk melombong pasir secara besar-besaran dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar.
Memang benar seperti apa yang didedahkan oleh PR bahawa banyak lesen di keluarkan kepada bumiputra sepanjang tahun 2000 hingga 2008, tetapi ia setakat lesen dan permit sahaja, hasilnya tak ada, mereka dah tak boleh nak cari makan dengan pasir lagi dan syarikat mereka sudah gulung tikar pun.
Semesta Sdn Bhd ditubuhkan hanyalah wayang Dap semata-mata. Hakikat sebenarnya PR seolah-olah menghalalkan pelombong haram untuk mengaut keuntungan besar bagi poket-poket mereka. Hari ini sudah ada yang bergelar Raja Pasir.
Apabila pembangkang Selangor (Umno ) membongkar isu kecurian pasir PR menjadi bercempera dan haru biru. Baru-baru ini mereka main wayang lagi dengan membawa rombongan wartawan untuk melihat lombong-lombong bijih putih yang baru.
Akan tetapi wartawan ditipu oleh mereka kerana janji untuk melihat lombong haram dibatalkan , kononya mereka boleh didakwa kerana menceroboh kawasan milik orang. Apa cerita ni? Kuasa ada tetapi takut untuk masuk ke kawasan lombong haram.
Bagi menyalahkan Umno , seorang apek telah digunakan kononnya lombong haram telah di wujud sejak zaman BN lagi. Cerita lawak lagi. Pas pula cuba mengalihkan pandangan bahawa Perak dan Johor juga berlaku kecurian pasir tetapi Umno diam.
Kalau benar wujud kecurian pasir secara besar-besaran kepada Pas tak berguling atas lombong pasir dengan memegang bendera Pas seperti mana yang dilakukan mereka di Kuala Kangsar , mana pergi gerombolan pendemontrasi Pas yang galak menentang isu PPSMI, GMI dan lain-lain. Ini ternyata Pas tidak berani kerana mereka tidak ada bukti.
bersambung/___