Selasa, 24 Ogos 2010

Berjayakah PAS mencontohi Piagam Madinah di Malaysia

Panas membara isu hudud yang dibangkitkan oleh Nik Aziz baru-baru ini dalam program Hari Hududlah 2010. Ia telah menimbulkan rasa kurang senang kepada dua pemimpin Dap iaitu Karpal Singh dan Lim Kit Siang.



'Kalau nak berkuasa ikut cara kami.'

Itu kata dua yang dapat ditafsirkan dari kenyataan terbaru Karpal Singh Isnin yang tetap menolak hajat PAS nak laksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Pengerusi DAP itu konfiden habis pakatan rakyat boleh menang dalam pilihanraya umum ke 13 nanti jika PAS tidak ‘ rock the boat’ yakni bikin rosak program mempertahankan hajat itu.

Karpal Singh nampaknya tidak peduli langsung dengan modal agama yang dijual PAS pada setiap pilihanraya kebelakangan ini.

Jadi hasrat Pas untuk memerintah Malaysia mengikut Piagam Madinah sudah tentu tidak akan tercapai. Sejak awal 90an sewaktu Pas bekerjasama dengan Dap dan Semangat 46, Pas telah menyuarakan akan menggunakan Dap sebagai alat untuk mencapai impian bagi memerintah negara.

Dap mesti tunduk dan patuh kepada arahan Pas. Ini belum apa-apa lagi sudah ada tentangan. Lihat sahaja bagaimana Nizar Jamaluddin sewaktu menjadi Menteri Besar Perak, siapa yang lebih berkuasa dan siapa yang menjadi pak turut?

Akhir kata Pas kena cermin diri dahulu sebelum berangan-angan untuk menjadi pemerintah, jumlah kerusi Pas dalam parlimen, jika menang semua kerusi pun Pas tak akan dapat menubuhkan kerajaan.

Begitu jugalah kerusi yang ditandingi di peringkat negeri. Di Perak dan Penang pun sama menang semua kerusi , Pas masih gagal menjadi tonggak kepada pakatan tiga suku untuk memerintah negari. Justeru, Pas hanya mampu menjadi keldai kepada kapir harbi.

Tak mengapalah, Pas pernah mengaku , bahawa untuk meruntuhkan kerajaan yang ada , Pas sanggup berkawan dengan setan, hari ini sah Pas bersetankan Dap sehingga sanggup menggunakan mimbar masjid untuk memuji setan..