Jumaat, 13 Ogos 2010

Khalid Hina Umat Islam – PPIM

KUALA LUMPUR 13 Ogos – `Tahniah buat Khalid’ itulah ucapan dari  Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Othman kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menawarkan kawasan baru di Pelabuhan Klang, Selangor kepada pemilik kilang pengeluar minuman keras, Carlsberg memperbesarkan  perusahaan mereka.
Dr Ma’amor berkata, beliau kesal dengan kenyataan Khalid yang juga  Timbalan Pesuruhanjaya Pas Selangor kerana apa yang dinyatakan itu suatu penghinaan kepada umat Islam dan orang Melayu di negara.
“Saya nak ucapkan tahniah kepada Khalid kerana sebagai seorang Melayu yang beragama Islam mempelawa Carlsberg untuk memperbesarkan perniagaannya menawarkan kawasan baru yang lebih luas.
“Jarang anak Melayu yang menawarkan tanah kepada syarikat minuman keras, ini suatu pembaharuan yang dibuat oleh Pas yang sanggup mempertaruhkan kesucian agama untuk mendapat sokongan terutama di kalangan orang bukan Islam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Khalid baru-baru ini.
Pada Jumaat lalu, Khalid di dalam tulisannya bertajuk ‘Lawatan Kerja Ke Kilang Carlsberg’, antara lain mengisahkan, “Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan.”
Kenyataan Khalid berhubung tawaran itu menimbulkan kesangsian dan telah mengenepikan perjuangan Pas yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam di negara ini. Malah tindak-tanduk yang dilakukan oleh pemimpin Pas sejak kebelakangan ini menunjukkan mereka cuba menarik sokongan di kalangan pengundi bukan Melayu.
Dr Ma`amor berkata, sepatutnya Khalid mencari penyelesaian bagaimana untuk menanggani masalah pekerja Islam yang bekerja di kilang berkenaan bukannya menawarkan jawasan untuk meluaskan perniagaan.
“Apa yang patut dilakukan oleh Khalid mencari jalan bantu nasib pekerja Islam, cari jalan bagaimana hendak bantu mereka dan kalau boleh carikan kerja baru.
“Ini lain pula yanga berlaku, kenyaataan Khalid itu lebih untuk mendapatkan publisiti, cuba dapatkan sokongan dari orang bukan Islam untuk buktikan Pas bukanlah parti sahaja parti untuk sesuatu kaum tapi untuk semua. Pas sekarang dah berubah hanya kerana kepentingan survival politik,” katanya. -MediaUMNO